Duo Hip Hop LeeSsang Akan Mengadakan Showcase di Malaysia Januari ini

Leave a Comment
LeeSsang 1st Asia Showcase in Malaysia

Kami amat teruja apabila mendapat tahu bahawa Leessang akan datang ke Malaysia untuk mengadakan persembahan. Gil dan Gary merupakan pasangan hip hop yang terkenal. Persona mereka untuk rancangan variety memang berbeza dengan persembahan mereka.

Sedikit info, Gil merupakan ahli dalam rancangan variety Infinity Challenge dan selepas itu, barulah Gary menyertai rancangan Running Man. Tetapi sebelum itu lagi, mereka memang terkenal di kalangan peminat hip hop di Korea bukan sebab rancangan variety ye.

Lagu kegemaran kami dari LeeSsang 'Can't Breakup Girl, Can't Breakaway Boy (FEAT. Jung In)'



Ini kali pertama mereka mengadakan showcase di luar Korea dan mereka kini sedang merancang untuk jelajah di Asia dan Malaysia salah satu lokasi terpilih.

Mari kita lihat pesanan dari Gary dan Gil untuk showcase ini.


Info mengenai showcase ini:
LeeSsang 1st Asia Showcase in Malaysia
Lokasi : KWC Fashion Mall
Tarikh : 11 Januari 2014 (Sabtu)
Masa : 7 malam
Tiket : Akan dimaklumkan kelak

Kami akan kemaskinikan maklumat baru dari semasa ke semasa. Lawati laman Facebook my.Leessang untuk makluman terkini dan lawati Kalendar K-Pop kami untuk acara terkini di Malaysia.

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan