Gambar Sekitar Sambutan Ulangtahun LUNAFLY Di Malaysia

Leave a Comment
sam yun teo lunafly malaysia

Band LUNAFLY telah meninggalkan kenangan yang indah buat para peminat mereka sepanjang berada di sini. Jika dilihat dari jadual mereka di sini memang padat dari membuat persembahan akustik di 8TV Nite Live hingga menjadi tetamu istimewa di pelancaran wajah baru majalah KLiK. Sam, Teo dan Yun tetap gembira dan berterima kasih kepada peminat melalui gambar dan tweet mereka.

Walaupun kami tidak menghadiri showcase mereka tetapi berdasarkan ulasan dari kawan-kawan kami yang pergi serta kemunculan mereka di media tempatan menunjukkan yang LUNAFLY mempunyai ramai peminat di Malaysia dan penganjur telah mengadakan acara yang tidak dapat dilupakan oleh LUNAFLY dan peminat.

Sedikit komen dari kami ialah, ada kawan kami yang pergi showcase ini sebanyak dua kali. Mungkin di masa hadapan penganjur boleh memberi diskaun untuk pembelian pertunjukan kedua jika ada.

Berikut ialah gambar-gambar LUNAFLY sepanjang mereka berada di sini yang dikongsikan oleh penganjur M.E Malaysia di laman facebook mereka.

Apa komen anda pula mengenai aktiviti yang dilakukan oleh LUNAFLY?

sam yun teo lunafly malaysia
sam yun teo lunafly malaysia
sam yun teo lunafly malaysia
sam yun teo lunafly malaysia
sam yun teo lunafly malaysia
sam yun teo lunafly malaysia
sam yun teo lunafly malaysia
sam yun teo lunafly malaysia
sam yun teo lunafly malaysia

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan