Kisah Ajieb Rosdi bertemu VIXX di Akademi

Leave a Comment
VIXX 1st Global Showcase 2013 "The Milky Way" Live in Kuala Lumpur Malaysia

Semasa VIXX datang ke Malaysia untuk mengadakan showcase, kami perasan yang Ajieb Rosdi ada tweet sesuatu mengenai mereka. Tapi selepas membaca Diari Ajieb baru lah kami faham.

Rupanya Ajieb pernah bertemu dengan kumpulan VIXX di akademi tempat dia menghadiri kelas. Mesti menarik sebab boleh bertemu dengan ramai artis K-Pop. Tambahan pula lokasi akademi dia di bangunan yang sama menempatkan stesen TV swasta hiburan popular di sana.

Tapi masa dia bertemu dengan VIXX ni, Ajieb menulis yang dia sedang sibuk menyiapkan diri untuk ujian pertama. Sampai ingatkan mereka ni pelajar baru yang mendaftar. Ye, lah orang sibuk belajar mana sempat nak fokus benda-benda lain kan. Sempat juga ahli kumpulan VIXX ni menegur dan menyapa Ajieb ni. 

Selepas bertanya kepada kawan-kawan sekelas yang lain, VIXX ada sesi rakaman dan temuramah program TV. Tak sangka dia yang VIXX ni peramah orangnya. Mungkin tiada rezeki Ajieb untuk bergambar dengan mereka masa tu. Mana tau lain kali mesti berpeluang.

Kami suka baca Diari Ajieb ni sebab dapat mengetahui bagaimana latihan dan cerita-cerita lain. Memandangkan Ajieb seorang yang beragama Islam dan bukan warga tempatan di sana, mesti banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi.

[Kredit imej: Jazzy Group]

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan