Lee Kwang Soo Akan Bertemu Peminat di Malaysia

Leave a Comment
Lee Kwang Soo Fan Meeting In Malaysia

Pelakon, model dan juga dikenali sebagai Giraffe di program hiburan terkenal Running Man iaitu Lee Kwang Soo akan bertemu peminat di Malaysia buat pertama kali.

Mempunyi personaliti yang menghiburkan dan berkarisma dalam Running Man membuatkan dia meraih peminat di luar negara dan ini memberi gelaran Asia's Prince disebabkan popularitinya di seluruh Asia.

JS Concert Productions bersama Faith & D Entertainment dan King Kong Entertainment akan membawakan Lee Kwang Soo Fan Meeting In Malaysia yang akan diadakan pada 4 Januari 2014, Sabtu pukul 7 malam di KWC Fashion Mall di Kuala Lumpur.

Acara ini akan memberi peluang kepada peminat di Malaysia untuk menyaksikan Lee Kwang Soo membuat persembahan dan menghiburkan mereka dengan lagu dan tarian sementara memberi peluang untuk mengenali dia lebih rapat. Banyak aktiviti dan permainan yang dijangka menghiburkan dan spontan yang tidak harus dilepaskan.

Maklumat Acara:
Lee Kwang Soo Fan Meeting In Malaysia
Tarikh: Sabtu, 4 Januari 2014
Masa: 7 malam - 9 malam
Tempat: KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur
Harga Tiket: Zon Premium RM 498, Kategori 1 RM 298, Kategori 2 dan RM 158

Lee Kwang Soo Malaysia

Dapatkan tiket anda sekarang di laman web TicketPro atau di kedai Rock Corner, Guitar Store dan Victoria Music berhampiran. Untuk maklumat lanjut lawati http://www.facebook.com/JSConcertProduction atau hubungi 03-7880 7999.

Lawati Kalendar K-Pop kami untuk acara terkini di Malaysia.

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan