Mizz Nina dan Jay Park Tercalon 2 Kategori di Shout! Awards 2013

Leave a Comment

Gabungan penyanyi Malaysia Mizz Nina dan Jay Park telah melayakkan mereka untuk dicalonkan di Shout! Awards 2013 anjuran 8TV.

Mereka tercalon untuk dua kategori iaitu Flava Award dan Music Video Award melalui lagu Around The World.

Pemilihan pemenang menerusi anugerah ini dilakukan melalui undian yang boleh diikuti menerusi www.shoutawards.com.my. yang telah bermula sehingga 8 November depan.


Tahun lepas kumpulan idola NU'EST dan VIXX telah dijemput untuk membuat persembahan di Shout! Awards 2012. Melihat pada senarai penyanyi yang akan membuat persembahan tiada artis Korea pada kali ini.

Anugerah Shout Awards 2013 yang akan diadakan pada 9 November depan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur jam 8.30 malam dan disiarkan menerusi saluran 8TV.

[Kredit Imej: MizzNina]

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan