Pelakon Ricky Kim Kini Di Malaysia Untuk Rainforest Challenge 2013

Leave a Comment
ricky kim malaysia rfc2013

Pelakon tampan dan peserta paling digeruni dalam program KBS Dream Team iaitu Ricky Kim telah berada di Malaysia sejak 26 November yang lalu. Ricky berada di sini untuk menyertai pertandingan lasak 4x4 Rainforest Challenge 2013.

Ricky memang meminati aktiviti lasak dan pernah menyertai program dokumentari reality 'A Law of Jungle' yang membawa dia ke lokasi esotik dan mengembara dengan peralatan asas untuk keperluan hidup seperti di Namibia, Madagascar dan lain-lain

Memang kami teruja sangat bila Ricky tweet akan kehadiran dia ke Malaysia. Dia juga dijadualkan akan mengadakan sesi bertemu peminat di Kuala Lumpur dan Terengganu. Ini kerana pertandingan itu akan bermula di Kuala Lumpur dan berakhir di Terengganu.

Sesi bertemu peminat di Kuala Lumpur:
Tarikh : 28 November 2013, Khamis
Lokasi : Publika (Solaris Dutamas)
Masa : 11 pagi - 2 petang

Sepanjang berada di sini, aktiviti Ricky di sini akan dirakam oleh kru KBS untuk program mereka. Kami harap program ini akan disiarkan di KBS World kelak. 

Kami akan kemaskini entri ini jika ada maklumat baru mengenai aktiviti bersama peminat di Terengganu. Maklumat terkini mengenai aktiviti Ricky Kim dan RFC boleh dirujuk di laman Facebook mereka. Lawati Kalendar K-Pop kami untuk acara terkini di Malaysia.

Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan