Peraturan Menghadiri Konsert Super Junior SUPER SHOW 5 di Malaysia

Leave a Comment
SUPER SHOW 5 Super Junior World Tour in Kuala Lumpur

Kami tak sabar nak pergi konsert SUPER SHOW 5 Super Junior World Tour in Kuala Lumpur pada hujung minggu ini. Apakah persediaan anda? Sudahkan anda mengingati lirik lagu untuk menyanyi bersama mereka atau sedang menyiapkan sepanduk untuk dibawa ke stadium nanti?

Penganjur konsert Star Planet telah mengeluarkan larangan berikut untuk konsert ini:
- Tidak dibenarkan membawa papan LED / sepanduk ke dalam Zon Rock
- Saiz sepanduk yang dibenarkan hanya berukuran dari bahu ke bahu dan tidak lebih dari ukuran saiz A3 atau 40cm (kecuali Zon Rock)
- Peringatan: Hanya dibenarkan diangkat jika tidak menghalang pandangan orang lain.

Kami memang menyokong penuh larangan ini kerana ini dapat memberi keselesaan kepada mereka yang lain. Kadang-kadang geram apabila kita tidak dapat melihat artis kesayangan di pentas kerana pandangan dihalang oleh sepanduk yang besar. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang bersaiz kecil.

SUPER SHOW 5 Super Junior World Tour in Kuala Lumpur

Star Planet juga telah memaklumkan kepada peminat bahawa beg sandang seperti gambar di atas di larang masuk ke Zon Rock. Alasan mereka kerana beg besar ini akan menghalang ruang bagi peminat di kawasan tersebut. Tindakan ini amat wajar kerana dengan tindakan peminat yang melompat dan bergerak mungkin akan terjatuh atau tersadung jika beg ini diletakkan di letak.

Tetapi jangan bimbang kerana tempat menyimpan beg akan disediakan. Peraturan ini hanya untuk pemegang tiket Zon Rock sahaja.

Kami pun beli tiket dengan harga yang sama tapi kalau tak dapat menikmati konsert disebabkan ini, terasa kerugian. Memanglah bagus jika dapat menarik perhatian artis tetapi kena fikirkan juga orang lain.

Apa lagi peraturan yang anda rasa perlu dipatuhi oleh peminat yang menghadiri konsert?

[Kredit Imej : Facebook Super Junior]

Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan