Rapper Karmal dari Malaysia Akan Membuat Persembahan Pembukaan untuk Showcase Jay Park

Leave a Comment
jay park showcase malaysia E!

Jay Park tiba di Kuala Lumpur hari ini iaitu Ahad, 24 November untuk membuat persembahan istimewa buat peminatnya di Malaysia. Dia akan menyampaikan lagu kegemaran peminat semasa persembahan nanti untuk program E! News Asia Special. Untuk menghangatkan lagi acara sebelum kemunculan Jay Park, barisan artis baru dan berpengalaman dari Asia Tenggara akan membuat persembahan.

E! telah mengadakan pencarian bakat di seluruh Asia iaitu mereka yang boleh menyanyi, menari, beatbox atau rap untuk mencuba mendapat tempat untuk membuat persembahan pembukaan buat Jay Park, dan melalui penyertaan yang dihantar secara online, beberapa bakat telah dipilih untuk menunjuk kebolehan mereka di showcase itu nanti.

Karmal dari Malaysia antara mereka yang telah dipilih untuk membuat persembahan pembukaan itu nanti. Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur, rapper, penulis dan komposer Karmal hendak memberitahu yang dia bukanlah 'antara salah seorang rapper' dalam industri muzik. Karmal telah bekerjasama dengan barisan artis terkenal Malaysia seperti Altimet, Joe Flizzow, SonaOne dan SSK. Karmal telah menghasilkan EP Bangkit pada 2011.

Artis lain yang akan turut membuat persembahan pembukaan ialah Sammie dan duo Trick. Kedua-duanya dari Singapura.



E! News Asia Special Jay Park akan disiarkan pada 3 Disember 2013 pada 9.30 malam hanya di E!. Untuk maklumat lanjut, lawati https://www.facebook.com/eonlineas. Guna, kongsi tanda pagar ini! #ESpecialJayPark


Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan