Saksikan Putri dan Ryan Wakil Malaysia dalam Kpop Star Hunt 3 Mulai 30 November Ini

Leave a Comment
putri norizah ryan kpop star hunt 3 channel m

Sebelum ini kami telah menulis mengenai Putri Norizah dan Ryan yang mewakili Malaysia dalam program realiti Kpop Star Hunt 3. Kini program ini akan disiarkan pada 30 November ini di Channel M.

Seramai 12 peserta dari tujuh negara iaitu Hongkong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand telah terpilih untuk pertandingan akhir yang diadakan di Seoul.

Mereka telah menjalani sesi latihan dan misi yang bermula dari 18 Oktober sehingga 6 November yang lalu. Latihan selama tiga minggu ini dikendalikan oleh Akademi FNC dibawah pengurusan FNC Entertainment.

Mari kita mengenali Putri dan Ryan melalui profil mereka yang diambil dari laman KPop Star Hunt 3.

putri norizah kpop star hunt 3 channel m

Nama : Putri Norizah Ibnor Riza 
Tarikh Lahir : Jan 14 1991
Umur : 22
Pekerjaan : Bekerja sendiri
5 perkataan yang menggambarkan diri sendiri:
① Peramah
② Berkobar-kobar
③ Mencabar
④ Penyayang
⑤ Unik
Artis K-Pop kegemaran : Lee Hi, EXO, Baek Ji Young, Xiah Junsu
Impian : Untuk berjaya, lebih dikenali kerana diri sendir, penyanyi yang mahu berkongsi muzik secara global
Orang yang saya kagumi : Ibu saya

ryan kpop star hunt 3 channel m

Name : Ryan Thoo
Tarikh Lahir : 30 Mei 1989
Umur : 24
Occupation : /
5 perkataan yang menggambarkan diri sendiri :
① Seronok
② Berani
③ Azam
④ Berkobar-kobar
⑤ Gembira
Artis K-Pop kegemaran : Juniel, Hyuna
Impian : Membuat persembahan di pentas antarabangsa
Orang yang saya kagumi : Ibu saya

Jangan lupa untuk mengundi Putri dan Ryan sebagai peserta kegemaran di http://kpopstarhunt3.interest.me/top12/vote.m! Tempoh mengundi telah bermula sehingga 4 Januari 2014.

Episod pertama akan disiarkan di Channel M pada 30 November, Sabtu ini! Kpop Star Hunt 3 juga akan disiarkan di Star World Asia (Saluran Astro ). Untuk maklumat terkini program ini, ikuti Kpop Star Hunt 3 di twitter.

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan