Temui kumpulan Hip Hop Geeks dan Phantom di Jakarta Minggu Ini

Leave a Comment
KPOPVAGANZA PARTY WITH GEEKS & PHANTOM 2013

Istimewa buat pembaca Buletin Kpop di Indonesia.

Dreamers Radio akan membawakan dua kumpulan hip hop Geeks dan Phantom untuk acara KPOPVAGANZA PARTY WITH GEEKS & PHANTOM 2013.

Ini merupakan lawatan kali kedua Phantom ke Jakarta. Mereka pernah mengadakan pertunjukan yang sama bersama kumpulan 4Minute pada tahun lepas. Mereka mengotakan janji untuk kembali lagi pada kali ini.

KPOPVAGANZA ialah segmen di Dreamers Radio setiap hari dari pukul 3 petang hingga 5 petang yang menyiarkan informasi dan lagu K-Pop terkini. Sementara KPOPVAGANZA PARTY ialahacara tahunan yang dianjurkan oleh Dreamers Radio, radio online yang terkenal di Indonesia. Kali ini, Dreamers Radio berkolaborasi bersama dan disokong oleh untuk membawakan kumpulan Geeks dan Phanton membuat mimpi peminat menjadi nyata.

Bukan sahaja mereka, tetapi penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan dari S4, S0S dan Alika. S4 pernah membuat persembahan bersama Phantom sebelum ini di konsert pertama mereka tahun lepas. SOS pula pernah berkolaborasi bersama HanHae di dalam video muzik single pertama mereka, Drop It Low. Kedua-dua kumpulan Indonesia ini merupakan pelatih di Rainbow Bridge Agency South Korea dan sekali lagi mereka akan bersama dengan Geeks dan Phantom.

Maklumat Acara:
KpopVaganza Party with Geeks & Phantom 2013  
Tarikh: 24 November 2013, Sabtu
Masa: 1 petang - 5 petang
Tempat: Gandaria City, Indonesia
Harga Tiket: Pra Jualan Rp 50,000 dan sebelum bermula Rp 75,000

Lagi info sila kunjungi http://dreamersradio.com/kpopvaganza. Buletin Kpop juga merupakan rakan media untuk acara ini. 

Mari tengok ucapan dari Geeks dan Phantom buat peminat.





Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan