Universal Music Malaysia Akan Menjual Barangan Rasmi Konsert Super Junior, Barangan Tidak Rasmi DiLarang Bawa Masuk

Leave a Comment
barangan rasmi konsert super junior malaysia

Lagi beberapa jam sahaja lagi untuk menyaksikan konsert Super Junior di Malaysia. Jika minggu lepas anda terlepas untuk membuat pesanan untuk memiliki barangan rasmi konsert Super Junior, jangan bimbang kerana Universal Music Malaysia akan membawa barangan tersebut untuk jualan esok.

Untuk makluman juga, barangan tidak rasmi tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam stadium. Universal Music Malaysia mempunyai hak esklusif dari SM Entertainment untuk menjual barangan konsert Super Junior. Kami cadangkan lebih baik anda beli dari mereka dari membeli dengan penjual-penjual yang akan membuka gerai di luar stadium nanti.

Semua barangan ini diimport dari Korea dan mengandungi t-shirt, light stick, tuala, fail, poskad dan banyak lagi. Gerai jualan barangan rasmi akan dibuka pada esok hari dan jualan bermula pada pukul 11 pagi. Siapa yang telah membuat bayaran pada minggu lepas, boleh mengambil barangan anda sebelum pukul 4 petang. Semua barangan adalah dalam kuantiti terhad, peminat digalakkan tiba awal untuk membeli dari kecewa kemudian.

Satu lagi maklumat penting, penganjur akan memeriksa barangan Super Junior yang dibawa oleh peminat. Barangan yang tidak rasmi tidak dibenarkan dibawa masuk, melainkan barangan konsert rasmi sahaja. Ambil perhatian ya semua.

Untuk maklumat lanjust mengenai barangan konsert Super Junior, lawati laman web Universal Music Malaysia, Laman Facebook Universal Music Malaysia / Universal Music Malaysia Chinese atau hubungi 03-79587433 (ext 205/102).

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan