Universal Music Malaysia Membawakan Peminat Barangan Rasmi Konsert Super Junior

1 comment
Super Junior Official Concert Merchandise malaysia super show

Berita baik buat peminat Super Junior yang dah tak sabar nak menyaksikan konsert Super Junior ‘Super Show 5’ World Tour in Kuala Lumpur mereka di sini pada minggu depan. Tak sah kalau pergi konsert tidak membeli barangan rasmi konsert kan. Oleh itu, Universal Music Malaysia akan membawakan barangan rasmi ini ke Malaysia.

Info mengenai acara pra-pesanan.
Tarikh : 16 November 2013 (Sabtu)
Masa : 12 tengahari hingga 5 petang
Lokasi : Concourse Level, Sungei Wang, Kuala Lumpur

Barangan konsert yang diimport dari Korea Selatan berupa t-shirt, light sticks, tuala, fail, poskad dan banyak lagi. Acara ini khas dianjurkan oleh Universal Music Malaysia untuk ELF Malaysia agar mereka dapat membuat pesanan barangan kegemaran mereka lebih awal dan boleh mengambilnya di kaunter barangan rasmi yang akan dibuka di lokasi konsert kelak.

Kalau anda tak boleh hadir Sabtu ini, jangan bimbang kerana masih lagi boleh membuat pembelian di kaunter jualan pada hari konsert nanti. Barangan yang ada adalah dalam kuantiti terhad, sementara stok masih ada. Tapi kenal datang awal tau, sebab takut habis nanti.

Apakah barangan konsert yang anda hendak beli? Kongsikan bersama kami di bawah?

Ikuti kami di :

1 ulasan: