Ajieb Rosdi Terpilih Sebagai Pelajar Contoh di M Academy

Leave a Comment
ajieb rosdi m academy korea

Tidak lama dulu melalui laman Murai.com.my, bahawa Ajieb Rosdi telah dipilih sebagai pelajar contoh kerana semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan. Dia juga merupakan pelajar Malaysia pertama di M Academy dan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sepanjang 4 bulan mengikuti pengajian di sana.

Menurut syarikat pengurusan Ajieb di sana, pengiktirafan ini jarang diberikan kepada mana-mana artis terutama yang belum lagi mengeluarkan lagu. Ini memang membanggakan.

Dalam perkembangan terbaru melalui twitter, lagu Korea Ajieb akan dipasarkan tidak lama lagi dan dihasilkan oleh komposer dari sana.

Kami mengikuti perkembangan Ajieb Rosdi untuk menjadi artis di Korea kerana ingin berkongsi bersama pembaca blog kami. Secara tak langsung, ia boleh mendorong dan memberi semangat kepada anak-anak muda yang ingin menceburi bidang hiburan di sana.

Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan