BIGSTAR Mengingati Peminat Malaysia di Program After School Club

Leave a Comment
after school club, bigstar, malaysia

Pada bulan Oktober yang lalu, kumpulan idola BIGSTAR telah menjadi artis undangan untuk program After School Club

Kami selalu menonton program ini di saluran Youtube Arirang. Program ini menarik kerana terdapat sesi interaktif antara peminat antarabangsa dan artis. Pengacara untuk program ini ialah Hanbyul dari band Ledapple dan Eric Nam. Mereka mengacarakan program ini di dalam bahasa Inggeris.

Apa yang menarik pada episod ini ialah dalam segmen Let's Hangout di mana peminat menjawab kuiz mengenai artis kegemaran mereka secara langsung melalui Google Hangout. Sekumpulan peminat dari Malaysia telah terpilih dan Feeldog mengingati mereka diikuti oleh ahli-ahli kumpulan yang lain.

Kami gembira kerana BIGSTAR mengingati peminat mereka di sini. Mereka memang bertenaga dan bersemangat dalam melakukan aktiviti.

BIGSTAR telah mengadakan showcase di Kuala Lumpur pada bulan September dan mereka begitu teruja dapat bertemu peminat di sini.

Anda boleh melihat pada minit ke-19 di video berikut.



Bonus gambar-gambar BIGSTAR dari laman Facebook After School Club.

after school club, bigstar, malaysia, feel dog
after school club, bigstar, malaysia
after school club, bigstar, malaysia
after school club, bigstar, malaysia

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan