Filem "Marriage Blue" lakonan Taecyeon dari 2PM dijual ke 7 negara termasuk Malaysia

Leave a Comment
taecyeon, marriage blue, 2pm

Filem komedi berjudul "Marriage Blue" yang telah ditayangkan di Korea baru-baru ini telah dijual di 7 negara. Berita baiknya ia telah dibeli oleh pengedar dari Malaysia untuk ditayangkan di sini.

Ini merupakan filem pertama lakonan Taecyeon dari kumpulan 2PM yang sebelum ini telah berlakon dalam beberapa drama di Korea dan Jepun. Pasangannya dalam filem ini pelakon Lee Yeon Hee.

Turut membintangi filem ini ialah pelakon Kim Kang Woo dan Kim Hyo Jin. Filem ini mengisahkan tentang 4 pasangan yang berlainan dengan 4 kisah yang berbeza mengenai perkahwinan.

Kami harap filem ini akan ditayangkan segera di pawagam di Malaysia. Tak sabar nak menonton sebab tengok trailer di bawah yang kelakar.


[Sumber : 1, 2]
Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan