Ads

Rabu, 25 Disember 2013

Pemenang untuk pertandingan Block B Pilihanku

block b, buletin kpop, block b pilihanku

Kami gembira dan berterima kasih dengan penyertaan mereka yang menyertai. Block B antara kumpulan kegemaran kami kerana muzik dan personaliti mereka. Kami berpeluang untuk menyaksikan persembahan mereka di Korea dan membeli barangan edisi terhad mereka khas untuk pembaca kami dengan penuh kasih sayang.

Tahniah buat pemenang untuk album 'Blockbuster' (normal) & poster dan 'Very Good' Showcase Fanlight setiap satu.

Siti Farhana
Block B, tidak ramai peminat K-pop di Malaysia mengenali mereka. Apatah lagi , genre yang mereka ketengahkan adalah genre hip hop, di mana tidak ramai meminati jenis muzik ini. Kebanyakan daripada mereka ialah peminat EXO, Super Junior dan ramai lagi yang boleh saya namakan. Namun demikian, Block B menjadi pilihan saya. Block B Pilihan Ku.

Sementara pemenang untuk satu 'Very Good' Showcase Fanlight.

Hartini Wahab
Block B adalah singkatan daripada perkataan Blockbuster, iaitu filem berskala besar dan berjaya secara komersial. Hasrat Block B ialah seperti nama mereka. Saya berharap mereka dapat mencapai kejayaan itu dalam industri muzik di tanah air mereka. Block B debut secara rasmi pada 15 April 2011 dengan Single pertama mereka “Freeze”. Mereka mendapat banyak perhatian sebelum debut kerana Block B dicipta oleh Cho PD, antara ikon hip hop yang di hormati di Korea.

Kepada para pemenang, sila emelkan ke buletin.kpop[at]gmail.com butiran berikut dalam masa 24 jam;
TAJUK - PEMENANG BLOCK B PILIHANKU
Nama, Alamat dan no. telefon.

Ikuti kami di :

Buletin KPop

"Takkan Melayu Hilang Di Dunia!" Kata-kata ini menjadi inspirasi kami untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Dengan jumlah artikel yang terdapat di luar sana dan bilangan admin yang kami ada, terjemahan akan dilakukan selagi kami mampu. Jadi, maaflah jika kami tak mampu memenuhi kehendak anda. ;).

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. no, you're supposed to reply in malay haha.
      tahniah!

      Padam

 

Copyright @ 2013 Buletin Kpop.

Designed by Templateify & Sponsored By Twigplay