LEDApple Mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat Peminat di Malaysia

Leave a Comment
ledapple, malaysia

Sambutan Tahun Baru Cina tinggal beberapa hari lagi dan ahli band LEDApple ingin menyampaikan ucapan mereka buat peminat di Malaysia!

LEDapple ialah band Korea yang terdiri daripada Hyoseok (pemain dram), Kwangyeon, Youngjun (pemain gitar), vokalis Hanbyul dan Kyumin. LEDapple dikenali dengan gaya band hybrid, iaitu yang menggabungkan nyanyian secara langsung dan elemen tarian dalam persembahan. Mereka akan berkunjung ke Malaysia untuk 'F.Y.I On Stage' sebagai sebahagian jadual jelajah dunia mereka.

"F.Y.I On Stage with LEDapple" menjanjikan persembahan yang menarik dan esklusif dengan bilangan penonton yang kecil. Berbanding mengadakan persembahan di pentas konsert yang besar, mereka akan memenuhi dewan dengan 100% muzik dan suara mereka secara langsung dan memberikan aura yang berlainan.



"F.Y.I On Stage with LEDapple" akan berlangsung pada Sabtu, 8 Mac 2014 di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara. Pass untuk acara ini boleh didapati pada harga RM280. Setiap pemegang pass layak untuk sesi bergambar selepas acara dan juga berpeluang untuk menyertai acara esklusif 'Fans Hangout'.

Untuk maklumat bagaimana mendapatkan pass anda, lawati https://www.facebook.com/Inzpire.ME.

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan