Rain Akan Menghangatkan Pentas Untuk Konsert Twin Towers @Live 2014

Leave a Comment
rain, malaysia, twin towers @live, llcc

Konsert Twin Towers @Live kembali untuk tahun keempat dan akan menjadi tuan rumah untuk artis antarabangsa dan K-Pop sempena PETRONAS Malaysia Grand Prix Weekend.

Pihak penganjur telah mengumumkan artis pertama iaitu Rain yang baru sahaja kembali dengan album terbaru 'Rain Effect'. Dia akan membuat persembahan pada Sabtu, 29 Mac 2014, pada hari kedua untuk konsert Twin Towers @Live 2014 yang bakal diadakan selama dua malam. 

Bintang Korea ini merupakan artis pertama yang diumumkan dalam senarai artis yang akan membuat persembahan. Rain dijangka akan mempersembahkan dua lagu dari album terbaru iaitu 30 Sexy dan LA Song serta kombinasi lagu-lagu baru dan popular dia. Persembahan Rain sewaktu Mnet Asian Music Awards tahun lepas masih segar lagi di ingatan. .

Sebelum ini artis Korea yang pernah mengadakan persembahan di konsert Twin Towers @Live ini ialah Wonder Girls, Girls' Generation, 2NE1 dan U-KISS.

Twin Towers @Live 2014 adalah konsert PERCUMA dan terbuka kepada awam.

Kami memang teruja betul apabila mendapat tahu. Kali terakhir Rain datang ke Malaysia untuk mengadakan konsert di Sepang sebelum dia memasuki khidmat negara.

Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan