Ajieb Rosdi Sibuk Berlatih Bersama Pelatih Selebriti Korea Untuk Debut di Korea

Leave a Comment
ajieb rosdi, gym, korea, trainer, changmin

Sebelum ini, kami telah menulis mengenai Ajieb Rosdi yang kini giat menyiapkan diri untk membuat kemunculan sulung di Korea. Dalam perkembangan terkini, Ajieb telah berada di sana sejak awal bulan yang lalu.

Buat masa ini, Ajieb sekarang sedang sibuk membuat persediaan untuk penggambaran video muziknya yang pertama. Untuk video muzik ini, Ajieb akan muncul dengan gaya badan yang lebih maskulin. Oleh itu, Ajieb kini sibuk menjalani latihan di gim bersama pelatih kecergasan peribadi bernama Yang Chi Seung.

Gambar di atas ialah Ajieb bersama para pelatih iaitu dari kiri Yang Chi Sung, Lee Hae Young dan Lee Du Hong.

Untuk pengetahuan semua, Chi Seung juga merupakan pelatih untuk idola K-Pop dan pelakon drama seperti Changmin dari 2AM, Jay Park, pelakon Sung Hoon dan Kim Woo Bin.

Selepas membuat analisis terhadap tubuh badan Ajieb, Chi Seung menyasarkan untuk membuat transformasi badan Ajieb seperti Changmin kerana mempunyai bentuk badan yang sama. Buat masa ini, Ajieb turut menjalani latihan bersama Sung Hoon dan Kim Woo Bin. 

Wah, ini boleh menimbulkan perasaan cemburu kepada kami di Malaysia ni. Kami harap Ajieb dapat berkongsi gambar mereka. ;) 

Kami berharap semua akan berjalan lancar buat Ajieb di sana. Tambahan pula sekarang cuaca sejuk di sana.

Sementara itu di Malaysia, single K-Pop Ajieb yang pertama berjudul I'll Show telah mula dimainkan di radio tempatan. Anda boleh lah membuat permintaan untuk lagu ini.

Nak tau perkembangan Ajieb di Korea sila ikuti twitter @AjiebRosdi, laman Facebook BFA (Best Friend Ajeib) dan Instagram, Ajiebrosdi.

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan