Harga Tiket dan Pelancaran Jualan Tiket Untuk G-Dragon Taeyang Seungri 'Thinking Of You'

Leave a Comment
g-dragon, big bang, seungri, taeyang, malaysia, thinking of you, sunway surf beach

Buat pertama kalinya G-Dragon, Taeyang dan Seungri akan ke Malaysia untuk mengadakan sesi bersama peminat yang dinamakan Thinking of You. Ini merupakan acara rasmi mereka selepas berjaya mengadakan konsert BIGBANG “ALIVE” TOUR 2012 in MALAYSIA dan juga konsert solo G-DRAGON “ONE OF
A KIND” in MALAYSIA 2013.

Walaupun sibuk dengan aktiviti mereka tetapi masih tetap mempunyai masa untuk bertemu dengan peminat mereka di sini. Acara kali ini akan dibahagi kepad dua iaitu aktiviti bersama peminat dan konsert. Macam tak percaya apabila mendapat tahu. Bukan senang BIGBANG hendak mengadakan aktiviti bersama peminat sebegini.

IME Production selaku promoter untuk acara ini telah mengumumkan tarikh jualan dan harga tiket seperti berikut.

Tarikh : 22 Februari (Sabtu)
Masa : 11 pagi - 7 malam
Tempat : Boulevard, Level G, Paradigm Mall

Untuk pembelian 1000 VVIP yang pertama berharga RM750 akan mendapat satu t-shirt edisi terhad dan light stick rasmi BIGBANG semasa pembelian pada hari Sabtu nanti.

Jualan atas talian dan di kaunter tiket akan bermula pada 22 Februari, 6 petang melalui TicketCharge atau hubungi  (603) 92228811). Pembelian tiket juga boleh dilakukan di kedai terpilih seperti Speedy, Rock Corner bermula pada 23 Februari pada pukul 11 pagi.

g-dragon, big bang, seungri, taeyang, malaysia, thinking of you, sunway surf beach
Harga tiket mengikut zon ialah seperti berikut.

- VVIP RM750  (Free standing)
- RM550 (Zone A / Free standing)
- RM500 (Zone B / Free standing)
- RM400 (Zone C / Free standing)
- RM200 (Zone D / Free standing)

Untuk maklumat lanjut, lawati Facebook IME Production: www.facebook.com/imepmy

Apabila diumumkan harga tiket dan pelan duduk semalam, para peminat telah melahirkan perasaan tidak puas hati dan perkataan VVIP turut menjadi trend di twitter.


Ini kerana harga tiket yang mahal hanya untuk fanmeeting sahaja diikuti dengan barangan yang boleh didapati sendiri. Berbanding dengan acara yang telah diadakan sebelum ini, pemegang tiket VVIP berpeluang untuk bergambar bersama artis dan sesi high-5 turut diadakan.

Tiada zon tempat duduk disediakan sebaliknya semua hanyalah berdiri dan ia diadakan di tempat terbuka. Sedangkan konsert pun mempunyai tempat duduk untuk peminat, inikan pula acara fanmeeting.

Menurut IME Production, pihak pengurusan Korea iaitu YG Entertainment telah meluluskan pelan duduk dan harga tiket ini. Adakah mereka tidak memikirkan situasi peminat yang sebenarnya. Tempat duduk penting untuk peminat yang tidak mampu untuk berdiri dalam jangka masa yang lama.

Kami teringat yang G-Dragon telah meminta untuk mengadakan konsert di stadium terbuka semasa konsertnya di sini. Adakah perkara yang sama turut berlaku untuk fanmeeting di sini? Acara yang sama di Hong Kong telah diadakan pada minggu lepas dan ia mempunyai tempat duduk begitu juga yang dijadualkan di Singapura dan Taiwan kelak.

Adakah anda akan pergi ke acara ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.

Turuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan