Jadilah Kelab Pilihan Buletin Kpop Setiap Bulan

Leave a Comment

Panggilan buat kelab-kelab peminat selebriti Korea di Malaysia. Kami ingin membuat segmen bulanan yang akan bermula Mac ini iaitu Kelab Peminat Pilihan Buletin Kpop.

Tujuan kami adalah untuk memperkenalkan kepada pembaca Buletin Kpop mengenai kelab peminat artis Korea samada penyanyi, pelakon dan selebriti yang berpengkalan di Malaysia.

Kami hendak mengenali dengan lebih dekat lagi kelab peminat di Malaysia dan apa yang menyebabkan kelab ini kekal aktif walaupun idola mereka jarang hadir ke Malaysia. Kami faham perasaan ini.

Untuk kelab peminat yang terpilih, kami akan menyiarkan artikel pada setiap bulan dan akan menghebahkan melalui laman twitter dan Facebook Buletin Kpop.


Jadilah kelab Peminat Terpilih kami pada setiap bulan. Langkah-langkah untuk memohon seperti berikut.

Jika anda berminat untuk dijadikan Kelab Peminat Pilihan Buletin Kpop, hubungi kami melalui emel dengan tajuk [Pilih (Nama Kelab Anda) sebagai Kelab Peminat Pilihan Buletin Kpop] dan beritahu kami:

1. Siapa anda dan kelab peminat anda. Anda mungkin pengasas, pentadbir atau staf kelab peminat tersebut. Ceritakan secara ringkas mengenai kelab peminat anda.

2. Pada pendapat anda, kenapa kami PATUT menjadikan kelab peminat anda sebagai Kelab Peminat Pilihan Buletin Kpop kami. Jika anda terpilih, kami akan menghubungi anda.

3. Permohonan hendaklah di dalam Bahasa Melayu dan menggunakan emel kelab peminat. Tiada sebarang kompromi.

Jika kelab peminat anda tidak terpilih, janganlah kecewa pula. Kita kan mempunyai 12 bulan dalam setahun .


Sila tinggalkan komen di bawah, jika anda mempunyai sebarang soalan. :)

Turuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan