Jualan Tiket Untuk Acara G-Dragon Taeyang Seungri 'Thinking Of You' Laku Macam Pisang Goreng Panas!

Leave a Comment
g-dragon, seungri, taeyang, paradigm mall

Mesti ramai VIP yang sudah tidak sabar untuk bertemu dengan G-Dragon, Taeyang dan Seungri pada bulan Mac ini.

Menurut IME Productions selaku promoter untuk "Thinking of You Fans Meeting Show in Malaysia 2014" tiket untuk acara ini mendapat sambutan hangat di mana hampir separuh tiket yang diperuntukkan telah dijual pada hari pelancaran jualan dan secara atas talian pada 22 Februari yang lalu.

g-dragon, seungri, taeyang, paradigm mall

Difahamkan jualan tiket atas talian yang dikendalikan oleh TicketCharge telah bermula pada pukul 6 petang pada hari pelancaran tiket. Sambutan dari peminat telah menyebabkan laman web TicketCharge mengalami kesesakan trafik sehingga terpaksa ditutup selama 20 minit.

Peminat pertama yang berjaya membeli tiket pada  hari pelancaran jualan telah beratur selama 5 hari 4 malam untuk membeli tiket. Ramai peminat telah hadir pada hari Sabtu lepas dan mereka telah beratur panjang untuk mendapatkan tiket.

g-dragon, seungri, taeyang, paradigm mall

Acara "Thinking of You Fans Meeting Show in Malaysia 2014" ini akan berlangsung selama 1 jam 45 minit pada 16 Mac 2014 bermula pada pukul 6.30 petang di Sunway Surf Beach. Tiket-tiket masih boleh didapati pada harga RM753, RM 553, RM 503, RM 403 dan RM 203.

Turuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan