Pantai di Sabah Menjadi Lokasi Percutian Park Shin Hye

Leave a Comment
park shin hye, malaysia, sabah, bercuti, the heirs

Selepas hujan hujan tropika di Sabah menjadi lokasi untuk penggambaran program SBS Law of Jungle. Sabah sekali lagi menjadi lokasi pilihan buat aktres Park Shin Hye. Bukan untuk berlakon tetapi untuk bercuti bersama rakan-rakan perempuannya.

Musim sejuk di Seoul membuatkan cuaca panas Malaysia menjadi pilihan buat Park Shin Hye untuk berehat dan bergembira di samping rakan-rakan. Dia memilih suasana pantai untuk berlibur pada pertengahan bulan Januari yang lalu. 

Park Shin Hye telah dilihat berada di pusat peranginan tepi pantai. Ada yang mengatakan dia berada di Pulau Sapi dan ada juga yang mengatakan dia bercuti di Nexus Resort & Spa Karambunai. Tapi setelah di google, kedua-dua lokasi tersebut memang cantik dan mempunyai pantai yang indah.

Berikut ialah gambar ala ninja yang diambil oleh para peminat dan berkongsi di laman sosial. 

park shin hye, malaysia, sabah, bercuti, the heirs
park shin hye, malaysia, sabah, bercuti, the heirs
park shin hye, malaysia, sabah, bercuti, the heirs

Kami harap dia menghabiskan cuti di Malaysia dengan gembira sebelum kembali ke set penggambaran.

park shin hye, malaysia, sabah, bercuti, the heirs

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan