Peminat Malaysia Kim Hyun Joong Derma Beras Sempena Drama Terbaru

Leave a Comment
kim hyun joong, inspiring generation, kbs, malaysia

Penyanyi dan pelakon Kim Hyun Joong telah kembali dengan drama terbaru iaitu Inspiring Generation. Peminat juga telah lama menanti untuk menyaksikan lakonan Kim Hyun Joong.

Telah menjadi kebiasaan kelab peminat di Korea untuk menderma beras atau makanan kering yang lain kepada badan-badan kebajikan di sana dan atas nama artis yang mereka minati. Lama kelamaan ia menjadi ikutan peminat dari luar negara pula.

Peminat Kim Hyun Joong dari Malaysia juga tidak ketinggalan untuk melakukan perkara yang sama. Dalam video yang diambil semasa sidang akhbar yang disiarkan melalui saluran YouTube Kim Hyun Joong, kami perasan ada nama kelab dari Malaysia. Boleh dilihat dalam saat yang ke dua puluh sembilan.



Dua kelab peminat Kim Hyun Joong dari Malaysia iaitu MY-KimHyunJoong 김현중 dan LovingKimHyunJoong.com telah menderma beras untuk tujuan ini. Semua ini melalui tabung dan kutipan derma dari para peminat yang berminat. 

kim hyun joong, inspiring generation, kbs, malaysia
kim hyun joong, inspiring generation, kbs, malaysia
kim hyun joong, inspiring generation, kbs, malaysia

Peminat dari 23 negara termasuk kelab peminat dan orang perseorangan  telah menghantar derma seperti beras, bahan penyala dan makanan. Ini semua akan diberikan kepada badan kebajikan yang dipilih oleh Kim Hyun Joong.

Selain itu kelab peminat Malaysia juga telah bekerjasama dengan beberapa kelab peminat antarabangsa Kim Hyun Joong dalam menyediakan hadiah seperti gambar di bawah. Ini diberikan kepada pihak media yang telah hadir untuk membuat liputan drama Kim Hyun Joong.

kim hyun joong, inspiring generation, kbs, malaysia

Kim Hyun Joong memegang watak sebagai Shin Jung Tae dalam drama KBS2 Inspiring Generation yang mengisahkan tentang persahabatan, cinta dan semangat patriotik di kalangan orang muda.

Turuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan