Pesta Muzik Planet Eupe Menampilkan U-KISS bakal diadakan di Kedah

Leave a Comment
u-kiss, kedah, konsert, malaysia

Eupe Corporation Berhad dengan bangganya mengumumkan Planet Eupe Muzik Festival yang bakal disapa oleh beberapa artis Asia dan tidak dilupakan artis tempatan Malaysia. Acara yang bersedia mengambil tempat di Cinta Sayang Resort, Kedah ini juga tersenarai untuk memilih peserta Kejohanan Tarian Hip Hop Malaysa 2014 yang bakal berlangsung di Las Vegas.

u-kiss, kedah, konsert, malaysia, lee hom, yuna, najwa latif

Sudah hampir setahun semenjak kali terakhir U-Kiss menjejakkan kaki mereka di sini sempena Twin Tower Alive 2013 tahun lalu, kami yakin peminat sudah pun berindu-rinduan dengan mereka. Maka dengan ini jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan U-Kiss dan Lee Hom serta artis Cina tempatan lain akan membuka tirai bulan Mac nanti. Tidak dilupakan, Yuna dan 'sister nation' Najwa Latif juga tersenarai untuk memeriahkan majlis ini. Wah kami sudah dapat merasakan kemeriahan yang bakal berlaku di Planet Eupe Festival ini!



Ini video dari U-Kiss menjemput anda ke pesta muzik Eupe!


Untuk pengetahuan, tiket telah bermula dijual sejak awal Disember yang lalu. Sesiapa yang terasa mahu menyaksikan dan merasai sendiri konsert yang digabungkan artis ternama luar dan tempatan di atas satu pentas, bolehlah lawati Ticket Charge. Atau PlanetEUPE sendiri untuk mendapatkan info dan tiket. Sungguhpun kebelakangan ini kita di khabarkan dengan berita yang tak berapa nak indah mengenai acara dan konsert yang terpaksa dibatalkan atas sebab organisasi itu sendiri. 

Kami percaya rata-rata peminat yang menetap di ibu kota Kuala Lumpur atau yang lebih jauh mungkin mengalami kesukaran untuk datang sampai ke Kedah semata untuk konsert yang membawa nama-nama besar dari Asia ini.  Tapi kami percaya dan berharap agar acara yang dianjurkan oleh Eupe Corporation Berhad ini akan berjaya.

 Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan