Ads

Jumaat, 21 Februari 2014

Sidang Media Untuk Para Pelakon Drama Autumn Di Hatiku 2

autumn dihatiku2, kim jin sung, hanez suraya, ezzaty abdullah, amran ismail, iedil putra

Kurang dari seminggu untuk siaran siri web original AUTUMN DI HATIKU 2 dan para pelakon telah berkumpul pada 20 Februari lalu untuk sidang media. Drama ini masih mengekalkan gandingan Hanez Suraya, Kim Jin Sung (JS) dan Ezzaty Abdullah.

JS dengan gaya yang tampil muda dengan rambut perang. Mengingatkan kami pada pelakon Jung Il Woo dalam drama Flower Boy Ramen Shop. Gaya untuk Hanez Suraya dan Ezzaty kurang menyerlah kali ini.

autumn dihatiku2, kim jin sung, hanez suraya

Terdapat muka baru (sekurang-kurangnya dalam drama ini) iaitu Amran Ismail (telemovie Hati Yang Tahu), Iedil Putra (filem Cuak) dan aktres kacukan Korea-Perancis yang meningkat naik, Youmie Robert. Youmie tiada semasa sidang akhbar.

AUTUMN DI HATIKU 2 meneruskan kesinambungan musim pertama yang mencatat rekod tontonan video mencapai hampir 1 juta apabila Nina (Hanez Suraya) kembali solo dan kini menguruskan perniagaan bakeri. Selain memendam rasa rindunya terhadap Zidick dan Autumn (Kim Jin Sung), Nina perlu berhadapan dengan pesaing perniagaannya. Sebuah kedai bakeri milik Summer (Youmie Robert) baru sahaja dibuka dan telah menarik perhatian ramai pelanggan.  Nina, Jaja (Ezzaty Abdullah) dan rakan mereka, Ramon (Iedil Putra) mulai merancang strategi untuk mengatasi pesaing perniagaan mereka, yang juga merupakan seteru Nina dalam merebut perhatian Autumn.

Saksikan AUTUMN DI HATIKU 2 di Tonton bermula 27hb Februari 2014 – 26hb Mac 2014, dengan episod baru setiap Isnin sehingga Jumaat jam 12 tengah hari di www.tonton.com.my/autumndihatiku.

autumn dihatiku2, kim jin sung
autumn dihatiku2, hanez suraya
autumn dihatiku2, ezzaty abdullah
autumn dihatiku, amran ismail
autumn dihatiku2, kim jin sung, hanez suraya, ezzaty abdullah, amran ismail, iedil putra
autumn dihatiku2, kim jin sung, hanez suraya, ezzaty abdullah, amran ismail, iedil putra

Turuti kami di:
FACEBOOK | TWITTER

Buletin KPop

"Takkan Melayu Hilang Di Dunia!" Kata-kata ini menjadi inspirasi kami untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Dengan jumlah artikel yang terdapat di luar sana dan bilangan admin yang kami ada, terjemahan akan dilakukan selagi kami mampu. Jadi, maaflah jika kami tak mampu memenuhi kehendak anda. ;).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Copyright @ 2013 Buletin Kpop.

Designed by Templateify & Sponsored By Twigplay