Empat Drama Korea Baru Disiarkan di ONE HD Mac Ini

Leave a Comment
birth secret, sbs, one hd, kal so won
Birth Secret
Ramai di antara pembaca Buletin Kpop merupakan penonton setia drama-drama Korea. Saluran ONE HD (Astro B.yond Ch393) bakal menyiarkan empat buah drama baru untuk tontonan penonton untuk bulan Mac ini.

Mari kita lihat drama yang bakal disiarkan sepanjang Mac ini.

Birth Secret
Bermula 17 Mac
Disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pada 7.40 malam
Pertama dan Esklusif
Pelakon: Sung Yu Ri, Yoon Jong Sang, Kal So Won
Sinopsis: Mengisahkan tentang seorang yang mempunyai anugerah, Jung Yi Hyun telah hilang ingatan mengenai suaminya Hong Kyung Doo yang baik hati dan anak perempuannya yang pintar Hong Dae Deum kerana amnesia. Dia cuba mencantumkan kembali memori silamnya dan berusaha untuk mengembalikan perasaannya terhadap suami dan anak mereka.

case number 113, sbs, one hd, kim mi sook
 Case Number 113
Case Number 113
Bermula 17 Mac
Disiarkan setiap Isnin dan Selasa pada 8.55 malam
Pertama dan Esklusif
Pelakon: Ki Tae Young, Kim Min Seo, Kim Mi Sook
Sinopsis: Jang Joon Suk ialah seorang detektif yang bekerja dengan pendakwaraya, Seung Joo untuk menyelesaikan pembunuhan tanpa mayat yang membawa kepada pertengkaran dan kemaafan bagi sebuah keluarga dan menunjukkan hubungan antara ibu bapa dan anak mereka.

stranger, sbs, one hd, hong ah reum, jung eun woo
Stranger
Stranger
Bermula 24 Mac
Disiarkan setiap Isnin dan Selasa pada 8.55 malam
Pelakon: Jung Eun Woo, Hong Ah Reum, Kang Shin Il
Sinopsis: Lee Young Ho ialah seorang lelaki muda dari keluarga berada di Korea Utara, tetapi dia telah pergi ke Korea Selatan untuk menyelesai satu misi. Apabila dia terlibat dalam satu kemalangan kereta, dia mendapati dia terpaksa tinggal di negara baru ini. Bolehkan dia hidup di sini?

God’s Gift – 14 Days, lee bo young, sbs, one hd
God’s Gift – 14 Days

God’s Gift – 14 Days
Bermula 31 Mac
Disiarkan setiap Isnin dan Selasa pada 8.55 malam
Pelakon: Lee Bo Young, Cho Seung Woo, Kim Tae Woo, Kim Yoo Bin, Jung Kyu Woon
Sinopsis: Lee Bo Young kembali dengan drama terbaru untuk tahun ini selepas meraih Daesang untuk drama I Hear Your Voice pada tahun lepas. Drama terbaru ini  Lee Bo Young memegang watak sebagai ibu buat kali pertama. Ia mengisahkan tentang seorang ibu yang mendapat peluang untuk kembali ke masa silam untuk mengelakkan anaknya daripada mati. Dapatkah dia mengubahkan peristiwa ini untuk mencipta masa depan?

Selain drama terbaru, ONE HD juga turut menyiarkan kembali drama dan program hiburan yang popular seperti berikut:

Running Man : K-POP Edition 
Disiarkan semula bermula 1 Mac 2014
Setiap Sabtu pada 11.15 malam
Peserta: Yoo Jae Suk, Gary, Haha, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Lee Kwang Soo dan Song Ji Hyo.

Athena: Goddess of War, sbs, one hd, choi si won
Athena: Goddess of War
Athena: Goddess of War
Disiarkan semula bermula 19 Mac 2014
Setiap Isnin hingga Jumaat pada 6.25 petang
Pelakon : Jung Woo Sung, Cha Seung Won, Soo Ae, Lee Ji Ah, Kim Min Jong, Choi Si Won

Turuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan