Petikan Ayat Al-Quran Diselitkan Dalam Lagu Terbaru Solo CL dari 2NE1

2 comments
CL, 2NE1, MBTD

Malam tadi kecoh dengan trending #CLisUsingQuraanInHerSong di laman media sosial twitter. Dari trending dunia, apertah lagi Malaysia.

CL, 2NE1, MBTD

Sedang kekecohan berlaku, tidak semena-mena video lagu tersebut yang dimuat naik di laman youtube mendapat komen dari ramai peminat K-Pop Islam di seluruh dunia. Mereka meminta supaya YG Entertainment dan CL menghentikan atau membuang petikan itu dari lagu tersebut. Lagu yang dimaksudkan adalah MBTD (Mental Breakdown) yang merupakan lagu solo nyanyian CL dari album 2NE1 yang terbaru 'CRUSH'. Petikan ayat Al-Quran itu dapat didengar pada minit 1:02 sebagai muzik latar dalam video ini.



Pada minit ke 1:02 - 1:15, kita boleh mendengar suara seorang kanak-kanak lelaki sedang membaca sesuatu seolah-olah sedang mengaji. Ada yang berpendapat itu mungkin hanyalah bacaan ayat-ayat biasa dari Bahasa Arab yang telah dilenggokkan seperti mengaji. Ada juga yang meyatakan itu adalah petikan dari lagu India yang berunsurkan Bollywood. Oleh kerana isu berkaitan ayat-ayat Al-Quran bukanlah isu kecil bagi umat Islam, maka banyak peminat mencuba untuk mencari kebenaran asal suara yang unik itu untuk mengelak daripada saling tuduh menuduh banyak pihak.

Setelah persoalan mengenainya dikaji, didapati bacaan itu sememangnya dari petikan ayat suci Al-Quran iaitu Surah An-Naba' ayat 32. Siapa yang pandai baca Quran atau Bahasa Arab, sila baca ayat yang dibulatkan merah di bawah sambil mendengar lagu CL 'MTBD' untuk pengesahan.


Malah suara indah si anak kecil dalam lagu CL ini bukanlah asing bagi warga Timur Tengah dan dunia Islam sendiri. Kerana pemilik suara itu adalah suara Qari terkenal yang pernah mengimamkan (mengetuai) muslimin dan muslimat ketika menunaikan sembahyang. Pemilik suara indah itu adalah Muhammad Thaha al-Junayd. Bahagian yang digunakan adalah pada minit 3:27 dari video bacaan ini.



Maksud dari ayat yang dibaca dari Surah An-Naba' adalah:

Ayat 32 :  (iaitu) kebun-kebun dan buah anggur.
Ayat 33 : dan gadis-gadis yang remaja dan sebaya.

Sememangnya petikan yang diambil telah diubah muziknya seperti autotune. Namun, dengan sikap sensitiviti manusia, ramai peminat K-Pop yang beragama Islam yang menyedari perkara ini. Untuk lebih jelas lagi, video ini telah diringkaskan untuk menunjukkan bahagian lagu CL dan juga bahagian bacaan qari Muhammad Thaha al-Junayd.



Ada banyak pihak memberi pendapat, ada banyak pihak mula membidas penggunaan ayat ini, ada banyak peminat yang mula sedar dan pelbagai pendapat lagi di luar sana. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik kita meneliti dan mengkaji dahulu setiap apa yang kita ambil untuk digunakan. Setiap manusia perlu saling hormat menghormati setiap agama. Sama-samalah kita menantikan jawapan dari pihak YG sendiri berkenaan isu ini.

Sumber gambar : 1 2

Turuti kami di :

2 ulasan:

  1. hmmm... 2NE1 kan memang banyak gila illuminati, tapi lagu come back home memang best. Kinda addicted to it. But I'm really not biased towards CL. Dunno why

    BalasPadam