Tiket Untuk Konsert Sulung 2NE1 di Malaysia Laris

Leave a Comment

Pelancaran jualan tiket untuk konsert pertama 2NE1 2014 WORLD TOUR <ALL OR NOTHING> di Malaysia telah diadakan di Sungei Wang Plaza pada hari Ahad yang lalu.

Ada peminat yang telah beratur selama 30 jam sebelum kaunter dibuka untuk mendapatkan tiket VVIP. Pada hari yang sama juga, mereka yang datang membeli tiket telah mendapat poster konsert edisi terhad, produk Clio dan peminat juga berpeluang menyertai cabutan bertuah.


Kami dimaklumkan tiket-tiket untuk zon VVIP RM599 (L1), VVIP (R1), PS1 (R1) dan PS2 telah habis dijual sementara untuk kategori yang lain masih pantas dijual. Mereka yang belum lagi mendapatkan tiket, bertindaklah segera ya!

Pembelian atas talian boleh dilakukan melalui TicketCharge sementara pembelian melalui telefon boleh dibuat melalui (603) 92228811.Selain itu, peminat juga boleh mendapatkan tiket di kedai muzik terpilih seperti Rock Corner, Victoria music center, Neway Karaoke dan Celcom blue cube.

Mari lihat gambar suasana yang berlaku semalam.


Turuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan