Showcase Pertama AlphaBAT di Malaysia

Leave a Comment
alphabat showcase malaysia

Sebuah kumpulan baru dari Korea Selatan iaitu AlphaBAT bakal melawat negara kita. Dianggotai oleh 9 orang ahli dimana setiap pangkal nama ahli terdiri daripada turutan abjad, membuatkan salah satu sebab mengapa kumpulan ini agak unik. Mereka dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 23 Apri 2014 ini. Untuk pengetahuan, video klip pertama mereka iaitu AB CITY telah dikeluarkan lewat tahun 2013 dan telah mencecah ribuan penonton.

Selaku penganjur, NewProStar dengan bangganya akan mengadakan satu sesi uji bakat secara terbuka untuk mengisi bilangan ahli dan memeriahkan lagi kumpulan berabjad tersebut. Pihak pengurusan dari Korea juga akan membuat penampilan untuk melihat sendiri dan menghakimi para peserta yang bakal menyertai uji bakat tersebut. Selepas sesi uji bakat dijalankan, peminat akan disajikan dengan persembahan mereka yang pasti akan menambat hati peminat. AlphaBAT sendiri juga akan memberikan hadiah sebagai cenderamata keada peminat yang bertuah.

Mari tengok ucapan dari mereka untuk peminat di Malaysia


Jadual AlphaBAT semasa di Malaysia seperti berikut:

SIDANG MEDIA
Tempat  : Neway KTV ,One Utama.
Tarikh    : 24 April 2014
Masa     : 3.30 petang

SESI UJI BAKAT DAN SHOWCASE
Tempat : Danga City Mall , Atrium, Johor Bahru
Tarikh   : 26 April 2014, Sabtu
Masa    : 3.00 - 5.00 petang

Tempat  : Summit Subang USJ, Kuala Lumpur
Tarikh    : 27 April 2014, Ahad
Masa     : 3.00 - 5.00 petang

Majlis Keraian
Tempat  : Station One Signature café, Cheras
Tarikh    : 28 April 2014, Isnin
Masa     : 8.00 malam

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan