'Sparta' Kim JongKook Kembali Ke Malaysia Demi Pelancaran 'Encorp Strand Mall'

1 comment
 

 
Dua hari lagi peminat-peminat Running Man pastinya dapat bertemu dengan ahli popular program TV Korea Selatan itu iaitu 'Sparta' Kim Jongkook. Jongkook akan berada di Encorp Strand Mall pada 7hb Jun 2014 untuk sesi bertemu peminat dan akan membuat persembahan secara terbuka. Berkemungkinan dia akan mempersembahkan *uhuk* empat *uhuk* buah lagu. Banyak tu... Siapa nak nyanyi sampai 4 buah lagu secara percuma kan? Lebih-lebih lagi peminat-peminat Running Man masih ramai tidak tahu bakat nyanyian jejaka bertubuh sasa ini. Kepada siapa yang mahu memenangi pas VIP Kim Jong Kook bolehlah mencuba dengan menyertai pertandingan ini di facebook. Bertuahlah peminat-peminat yang memenangi pas "Meet & Greet" kerana mereka boleh bertemu Jongkook dengan lebih dekat lagi.
 
Mai tonton video dari Jungkook yang mengajak peminat-peminat di Malaysia menyaksikan persembahan beliau Sabtu ini.
  

 
 
Jangan lupa temujanji anda bersama Jongkook seperti maklumat di bawah.
 

Tarikh dan hari:
7 Jun 2014, Sabtu
 
Masa:
5.00 ptg
 
Lokasi:
Encorp Strand Mall Main Stage
No. 1 Jalan PJU 5/23, Encorp Strand,
Pusat Perdagangan Kota Damansara PJU 5
47810 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.
 
 
Pembukaan rasmi pusat membeli-belah  'Encorp Strand Mall' telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini. Berikutan pembukaan itu, pelbagai aktiviti sepanjang 28 Mei hingga 15 Jun 2014 diadakan. Bertemakan "Light, Camera, Action", banyak aktiviti dan hadiah-hadiah menarik yang boleh disertai oleh pengunjung Encorp Strand Mall.
 
Pada hari yang sama (7 Jun 2014), Sam Groceria juga akan mengadakan majlis besar-besaran diikuti dengan Perasmian 'Bayahista Bazaar' bersama YB Dato 'Sri Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia.
 
Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang akan/sedang dijalankan
 
 
 
 

Cirque du Strand
Persembahan mengimbangkan badan yang hebat terus dari  Australia. 
Persembahan setiap hari pada pukul 7ptg dan hujung minggu 5ptg, 7ptg dan 9mlm.
 
Bertemu Bintang-bintang Selebriti
Dapatkan kamera anda dan bersedia untuk bertemu selebriti dalam dan luar Negara seperti Dato Sheila Majid, Reshmonu, Suki Low  Leng Yein, Gary Yap, Carmen Soo dan Kim JoongKok dari Running Man.
 
Movie Stunt dan Pertunjukan Parkour
Melihat persembahan aksi lasak berbahaya yang professional dengan lebih dekat lagi pada hujung minggu
 
Hadiah Eksklusif Untuk Dimenangi - Mencuba pelbagai makanan
Hadiah berupa beg tote, potong rambut percuma, baucer tunai percuma, popcorn dan banyak lagi yang tidak dapat disenaraikan.
 
Kemunculan Watak-watak Filem
Cakap “Apa khabar” kepada Alvin dan Chipmunks, Pedro dan Nico of Rio, watak-watak X-Men, Star Wars Cosplay dan banyak lagi.
 
Aktiviti yang sentiasa berjalan sepanjang hari pembukaan:
* Superhero Factory
* Chichi & Chaca Play & Learn
* Astro A-List Movie Screenings  
* Movie Café   
* Movie Merchandise  
* Movie Showcase & Photo Stations  
* How To Train Your Dragon Playzone
 
Untuk jadual aktiviti  yang lebih lanjut bolehlah rujuk di SINI dan Event di Facebook


Ikuti kami di:

1 ulasan:

  1. http://lifeisfiber.blogspot.com/ jong kook at the strand

    BalasPadam