Lelaki dari angkasa, The Boss bakal menyerang Malaysia!

Leave a Comment




The Boss atau lebih dikenali sebagai DGNA (DaeGukNamAh), yang terdiri daripada lima orang ahli ini sudahpun berjinak dalam industri Kpop semenjak 2010 lagi dibawah naungan 'Open Wold Entertaiment'.
 
Dae Guk Nam Ah yang membawa maksud 'Lelaki hebat dari angkasa' ini telah bergiat aktif di luar Korea malah dikatakan telah lebih dikenali di Jepun. Jejaka yang kami maksudkan ini terdiri daripada Mika, Karam, Hyunmin, Injun dan Jay. Lagu pertama daripada mereka adalah lagu 'Admiring Boy' yang telah dikeluarkan pada Mac 2010. Paling membanggakan dimana peminat mereka telah mencecah 40,000 di fancafe selepas kewujudan mereka dikenal pasti di Korea.

Selepas merangkul kejayaan di luar negara seperti di Thailand dan China, The Boss dikatakan telah mempromosikan lagu-lagu mereka di Jepun dengan bahasa ibunda negara sakura itu. Antara lagu-lagu yang telah berjaya memikat para peminat mereka atau lebih dikenali sebagai Master, ialah 'Love Power', 'Love Bingo', 'Love Parade', dan juga 'Love Series' 

The Boss telah memenangi Best Newcomer Award semasa 20th Seoul Music Award dan merangkul kejayaan sebagai Best Stage Performance Award di Hong Kong Asian Pop Music Festival (HKAMF).

Berikut adalah jadual The Boss sepanjang berada di Malaysia,

Press Conference
Neway Casa Square Puchong
18 Jun 2014 (Rabu)
4pm

Showcases (3):
Seremban Prima
20 Jun 2014 (Jumaat)
3pm - 5pm

Mahkota Parade
21 Jun 2014 (Sabtu)
3pm-5pm

1 Shamelin Shopping Mall
22 Jun 2014 (Ahad)
4pm - 6pm



Sila lawati New Pro-Star Sdn Bhd facebook, atau hubungi 012-2065918, 012-5681147, 016-7188966 untuk keterangan lanjut. Jumpa anda disana!



Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan