Greatest Love – menerusi slot Kimchi Hour di Saluran Ceria Anda, ntv7

Leave a Comment


Kehidupan bergelar selebriti memang bukan semudah yang disangkakan kerana selain menjadi perhatian masyarakat, mereka juga harus memikirkan bagaimana untuk terus diterima peminat dan menjadi popular. Begitu juga dengan para selebriti Korea yang juga sentiasa mempromosikan diri mereka dan cuba menggembirakan peminat mereka. Namun ada juga yang melabelkan artis gred A dan gred B selain dikategorikan artis junior mahupun senior. Inilah antara jalan cerita menarik di dalam drama bersiri Korea – The Greatest Love  menerusi slot Kimchi Hour di Saluran Ceria Anda, ntv7 yang bersiaran bermula 10 Julai, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12.00 tengah hari.


The Greatest Love mengisahkan kehidupan Goo Ae Jung (Gong Hyo Jin) seorang artis terkenal dan ketua kumpulan National Treasure Girls mengalami kemerosotan zaman popular dan dipersalahkan di atas perpecahan kumpulan sensasi idola Korea itu. Namun setelah 10 tahun berlalu Ae Jung masih cuba menempatkan dirinya di dalam industri hiburan Korea.

Sejak perpecahan kumpulannya Ae Jung hidup besederhana dan dilihat sebagai selebriti taraf rendah kerana kegagalan album solonya. Walaupun secara peribadi, Ae Jung merupakan gadis yang baik hati dan ceria namun The Greatest Love bakal menggambarkan betapa kejamnya dunia hiburan kerana hanya selebriti popular sahaja diberikan layanan istimewa manakala bagi artis seperti Ae Jung pula dilayan bagai melukut di tepi gantang.

Namun kehidupan Ae Jung bakal berubah drastik apabila bertemu seorang pelakon tampan yang menjadi kegilaan masa kini Dokko Jin (Cha Seung Won) yang tampak baik di mata peminat namun keras kepala dan penuh kerenah. Pertemuan yang tak disangka itu terjadi apabila Ae Jung yang menyelinap di bilik persalinan untuk mencuri pakaian terdengar perbualan Dokko Jin yang ditolak berlakon di Hollywood kerana tidak berbahasa Inggeris dengan baik. Bermula dari situ, mereka saling menguguti satu sama lain bagi tidak menyampaikan gosip liar kepada media serta mengelakkan kehilangan peminat fanatik mereka. Namun pertemuan itu bukan berhenti di situ sahaja kerana penonton bakal melihat pelbagai kerenah mereka berdua yang asyik terperangkap di dalam pelbagai situasi pelik yang setiap kali berakhir dengan keadaan yang memerlukan mereka berdua bekerjasama.

Sementara itu, Dokko Jin mula menyimpan perasaan terhadap Ae Jung dan dalam diam cuba membantu kerjaya Ae Jung. Ae Jung telah ditawarkan bernaung di dalam syarikat yang sama dengan Dokko Jin dan diberikan tawaran menyertai sebuah rancangan realiti mencari pasangan. Namun sekali lagi Ae Jung diduga kerana syarikat produksi itu disertai bekas ahli kumpulannya, Kang Se Ri (Yoon In Na) yang bakal cuba memastikan Ae Jung disingkir dari awal rancangan itu. Kang Se Ri mengalami nasib berbeza berbanding Ae Jung. Se Ri lebih berjaya dan angkuh serta memiliki perasaan tidak puas hati terhadap Ae Jung. 
 



 

Yang pasti cara penceritaan drama ini bakal membuatkan sesiapa sahaja terpaku menontonnya. Selain dikembangkan dengan baik, para penonton bakal menyedari drama ini bakal memberikan anda perasaan gembira kerana kelucuan skripnya, dibuai perasaan cinta dan adakalanya perasaan simpati terhadap nasib Ae Jung yang sentiasa cuba tabah dan melahirkan senyuman walaupun menanggung kesedihan.
Lebih menarik, para penonton akan tertanya-tanya apakah sebenarnya yang terjadi di sebalik perpecahan kumpulan National Treasure Girls menerusi teknik imbas kembali penceritaannya yang seolah-olah menyimpan misteri untuk difikirkan para penonton. Dalam masa yang sama, rancangan realiti itu berjaya membuahkan cinta di antara Ae Jung dan lelaki sempurna, Doktor Yoon Pil Joo (Yoon Kye Sang). Yoon Pil Joo lelaki yang berperwatakan berbeza dengan Dokko Jin namun siapakah yang akhirnya mampu menambat hati ikhlas Ae Jung?
Teruskan menonton “The Greatest Love” di slot Kimchi Hour setiap Isnin – Jumaat jam 12.00 tengah hari di ntv7. ntv7 juga boleh ditonton di Saluran 107 di ASTRO. Rancangan kegemaran anda juga boleh dilihat semula di www.tonton.com.my serta ikuti perkembangan terbaru ntv7 menerusi media sosial: 
 

 
Facebook (Urban – ntv7Chinese – ntv7 中文)
Twitter (@ntv7)
Instagram (Urban @ntv7Chinese – @ntv7chinese)

Artikel Ihsan dari ntv7


Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan