Kesungguhan The BOSS, Biarpun Seminggu Berpanasan di Malaysia

Leave a Comment



Kedatangan The BOSS beberapa hari yang lepas masih dalam igauan kami. Mereka menjejakkan kaki di Malaysia pada 17 Jun yang lalu. Mika, Hyunmin, Injun, Karam dan Jay, kelima-lima jejaka di bawah naungan Poom Entertaiment ini telah berjaya menyelesaikan beberapa aktiviti bersama peminat selama seminggu di Malaysia. Juga dikenali sebagai DaeGukNamAh, mereka telah dijadualkan dan telah menjalani 3 aktiviti rasmi bersama peminat iaitu di Seremban, Melaka, dan Kuala Lumpur bersempena showcase mereka.



140618 Sidang Akhbar

Telah berlangsung di pusat hiburan karaoke di Neway, Puchong, The BOSS membuat penampilan di Malaysia buat  pertama kali bersama peminat dan media semasa sidang akhbar pada petang tersebut.

Disapa sopan oleh ketua ahli kumpulan, Mika memperkenalkan dirinya dengan tenang. Turut diikuti Karam "Hi, saya Karam dan saya ahli yang paling kecil". Kemudian sorakan dapat didengari selepas maknae Jay memperkenalkan dirinya dengan sahutan "I love you".

Apabila diminta menunjukkan beberapa bakat yg ada, Karam dengan semangatnya telah membuat impersona nyalakan anjing, dimana ianya mempunyai 3 jenis nyalakan iaitu anak anjing, anjing remaja dan anjing tua. Injun pula mempersembahkan beatbox manakala Jay membuka langkah menunjukkan kehebatan tarian poppinnya.

Q: Apakah makanan Malaysia yang disukai The BOSS?
Injun: Kami makan laksa dan saya suka nasi lemak
Hyunmin: saya suka sate ayam
Jay: Ais kacang?
Hyunmin: Oh ya ais kacang! dengan Bak Kut Teh.

Q: Jika diberi peluang untuk berkolaborasi, siapakah artis Korea dan luar negara yang The Boss inginkan?
Karam: kami ingin berkolaborasi dengan Jo Sungmo
Hyunmin: aaa.. jika Malaysia.. Siti.. Siti..

Q: Bahasa Melayu yang The BOSS tahu?
Jay: Kamu cantik..? Ohh ohh ya, kamu sangat cantik~
Karam: ssa saya nak kencing... (buat-buat mahu kelluar dari acara)

Q: Siapa di antara kamu yang merasakan paling berbakat?
Karam: Saya rasa Hyunmin!
Hyunmin: Sebab kepala saya besar.
Karam: Pada waktu pertama kali saya berjumpa dengan dia, saya ingatkan dia seorang yang dungu, tapi saya dah salah anggap, Hyunmin seorang yang berbakat dalam mencipta muzik dan lagu.

Selepas itu The BOSS bersama-sama menunjukkan bakat nyanyian, dimana mereka menyanyi secara acapella sebuah lagu yang telah membuat para media dan peminat terpukau dengan lunakan suara mereka. Ya, benar, mereka berhasrat untuk berkolaberasi dengan Jo Sung Mo, iaitu seorang artis balada popular di Korea Selatan. Manakala Hyunmin berhasrat The BOSS dapat berkolaborasi bersama artis Malaysia iaitu penyanyi wanita tempatan kita yang terkenal, tidak lain tidak bukan Dato' Siti Nurhaliza.



 
140620 SEREMBAN

Bermula pada jam 3, walaupun agak lekang, tapi bagi The Boss sudah cukup untuk mereka memberikan persembahan pertama mereka dengan pembukaan lagu We're Together. Semua pengunjung dan peminat yang menonton persembahan tersebut merasakan seperti tidak percaya  yang The Boss sedang beraksi di atas pentas.

Berlangsung di Seremban Prima, sesi memperkenalkan diri masing-masing dimulakan oleh Hyunmin dan diakhiri Mika mendapat sahutan dari para peminat dan pengunjung yang singgah di pusat membeli belah tersebut.
 
Apabila ditanya makanan kesukaan mereka, Hyunmin dengan gembira menjawab bahawa dia sukakan ais kacang dan sate manakala Injun sukakan bihun dan nasi lemak. Lain pula cerita Karam, dia sekali lagi dengan "nak kencing"nya sambil membuat helah seperti benar-benar mahu ke tandas.

Ditanya apa yang diharapkan oleh para peminat di Malaysia, Injun berharap agar dapat bergembira bersama dan berhasrat serta meminta peminat untuk membawa kawan-kawan dan ahli keluarga yang lain untuk showcase mereka yang seterusnya nanti. (we hope there'll be more fun, and please bring friends and family to watch our next show.)

Seterusnya, acara pada hari tersebut diteruskan lagi dengan beberapa persembahan. Kelihatan beberapa riak wajah dan pergerakan oleh mereka semasa beberapa teknikal yg dihadapi sebelum memulakan persembahan kedua mereka, iaitu 'What are you'. Seterusnya mereka sambung beraksi dan menggunakan keupayaan tenaga mereka dengan lagu 'New Boyz'. Dengan adanya tempo dan muzik electro yang rancak di dalam muzik, membuatkan mereka lebih kelihatan cukup bergaya dan hebat!

Persembahan terakhir mereka iaitu 'Why Goodbye', ya kenapa 'goodbye'? Sedihnya! Akan tetapi acara keseluruhan masih belum tamat. Aktiviti bersama DGNA diteruskan lagi dengan sesi bergambar peminat dan sesi tanda tangan buat peminat sebagai tanda acara hampir tamat. Rata-rata peminat merasakan pertemuan mereka sangat singkat pada petang tersebut. Selepas sahaja The Boss pergi meninggalkan pentas dan pusat membeli belah tersebut, yang sebelumnya bergema dan riuh sebentar tadi, kembali sunyi.


Hyunmin

 
140621 Melaka

Showcase kedua The Boss yang berlangsung di Mahkota Parade Melaka pada hari Sabtu yang lalu sangat daebak! Showcase kedua ini bermula setengah jam awal daripada waktu yang telah ditetapkan. Peminat-peminat menjerit nama ahli kumpulan The Boss seorang demi seorang sebelum mereka menaiki pentas. Jeritan para peminat kuat didengari di Kompleks Mahkota Parade tersebut. Bahkan terdapat peminat yang melihat The Boss daripada tingkat satu dan dua. The Boss memulakan showcase kedua mereka dengan persembahan lagu “We Are Together” sebagai pembukaan. Sejurus muzik dimainkan Karam telah menjatuhkan microphonenya dengan tidak sengaja dan Mika dengan pantas memukulnya sebelum mereka terus menyanyikan lagu tersebut. Sejurus selepas habis persembahan, ahli Kumpulan The Boss memperkenal diri seorang demi seorang di mana semua ahli kecuali maknae Jay memperkenalkan diri mereka dalam Bahasa Inggeris. 


Masih lagi berkenaan makanan-makanan tempatan kegemaran mereka,, Karam berkata terdapat  makanan tempatan yang digemarinya adalah sate, Injun kemudiannya menjerit “Bah Kut Teh!” dan begitu juga maknae Jay yang memberitahu bahawa dia sangat menyukai Bah Kut Teh. Hyunmin pula gemar dengan nasi ayam. Kami difahamkan oleh Karam bahawa sebelum ini mereka tidak gemar dengan makanan yang terdapat di negara-negara yang telah dilawatinya sebelum ini, namun di Malaysia mereka memberitahu makanan-makanan yang terdapat di Malaysia sangat sedap dan mereka sangat menggemarinya.

The Boss turut mempelajari beberapa perkataan Bahasa Malaysia. Hyunmin, sewaktu ditanya mengenai perkataan Bahasa Malaysia yang diketahuinya dengan tiba-tiba menyanyikan lagu “Balik Kampung” dengan comelnya. “oh oh Balik Kampung” tidak! Jangan balik Hyunmin! Maknae kumpulan The Boss, Jay telah menunjukkan bakatnya berkata-kata dalam Bahasa Malaysia seperti “Kamu sangat cantik” walaupun ia agak kedengaran seperti “Kamu Sate” namun kerana Jay! Kami maafkan sebutan itu. Bias sangat ni. hehehe!

Karam dengan perkataan luar biasa yang dipelajarinya di Malaysia dengan megah dan comelnya berkata “Saya nak kencing” dan mula melangkah keluar, membuat reaksi untuk meninggalkan pentas. Kemudian dia menambah “I like Kencing” dan membuatkan para peminat ketawa kerananya. Injun kelihatan lupa tentang perkataan bahasa Malaysia yang dipelajarinya dan dia teragak- agak menyebut perkataan “teh” sambil berkerut dan meminta MC membantunya, “thank you, thank you” Para peminat yang menjangkakan bahawa dia akan menyebut “teh tarik” tertawa apabila perkataan yang ingin disebut olehnya ialah, “Terima Kasih”.

MC dan peminat kemudiannya mengajar Mika perkataan Bahasa Malaysia dimana semua peminat menjerit “Saya cinta kamu” dan kemudian Mika dengan comelnya menyebut “Saya cinta kamu” dan ia telah menggamatkan suasana di Mahkota Parade. Showcase diteruskan dengan The Boss meluahkan perasaan mereka ketika berada di Malaysia. Injun berkata bahawa beliau sangat berterima kasih kepada peminat yang hadir lebih ramai di Mahkota Parade berbanding showcase pertama mereka yang telah berlangsung di Seremban Prima. Beliau turut memberitahu bahawa mereka telah menyediakan lagu baru berserta kejutan dan meminta peminat untuk menantikannya.

Sesi bersama peminat dimulakan sebaik sahaja The Boss tamat mempersembahkan lagu terbaru mereka. Ahli kumpulan The Boss telah memilih sendiri peminat bertuah untuk naik ke atas pentas untuk bermain permainan bersama mereka. Showcase diteruskan lagi dengan ahli The Boss mengambil gambar bersama dengan peminat yang bertuah sebelum mereka menyanyikan lagu mereka yang seterusnya iaitu, “What Are You”.

The Boss kemudiannya mendengar ucapan peminat-peminat yang dipilih oleh MC kepada mereka. Karam mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang sanggup hadir ke showcase mereka termasuklah peminat daripada luar negara yang kebanyakannya datang dari negara matahari terbit. Dia turut berterima kasih di atas segala sokongan yang diberikan peminat kepada mereka. Mereka berkata lagi bahawa mereka akan pergi ke negara-negara lain untuk bertemu dengan peminat mereka. Jay yang agak berpeluh berkata yang dia dengan ikhlasnya menyayangi peminat-peminat mereka dan berkata “saya cinta kamu” kepada semua peminat yang hadir. 

Lucu dengan gelagat Hyumin yang mencuba meluahkan perasaannya bahawa dia “penah” atau maksud sebenarnya, “penat”. Hyumin berkata bahawa perasaan dan hatinya berasa panas kerana peminat-peminat mereka yang berada di Malaysia. Bagi Injun, dia tidak kisah dengan peluh yang menghujani dirinya kerana sokongan yang kuat daripada peminat-peminat yang hadir. Mika mengakhiri dengan berkata “Kamu semua cantik” sebelum mereka teruskan persembahan dengan lagu terakhir mereka, “Why GoodBye”. Selesai persembahan mereka turun daripada pentas untuk membuat persedian untuk sesi bergambar bersama peminat dan sesi autograf. 

Showcase The Boss berakhir pada jam 5.20 petang kerana mereka terpaksa bergegas ke Kuala Lumpur untuk jadual mereka yang seterusnya. Sebelum meninggalkan pentas, mereka mengucapkan terima kasih sekali lagi. Banyak betul berterima kasih mereka ni. Sopan budaknya rupanya ya? Hee..

The Boss telah membuat persembahan “Lady” secara acapella kepada peminat sebagai tanda terima kasih dan hadiah mereka yang terakhir buat peminat. Bak kata mereka itu adalah sebagai 'service' yang lazimnya service bermaksud 'percuma' di kalangan orang Korea Selatan.


Karam

140622 1 Shamelin

Pada hari ketiga di Kuala Lumpur, kelihatan lebih ramai para peminat datang dan membanjiri 1Shamelin. Maklumlah aktiviti pada kali ini dijalankan di ibu kota, maka peminat yang telah terlepas peluang untuk berada di showcase di luar Kuala Lumpur semestinya tidak ketinggalan untuk menyaksikan kelima-lima anak muda DaeGukNamAh ini.

Sebelum The BOSS tampil membuat persembahan dan pengenalan, para penonton disajikan dengan persembahan tarian moden dari sebuah kumpulan tari dari adik-adik Bubble Candies. Kemudian, bersoraklah para peminat dan pengunjung yang berkunjung di pusat membeli belah tersebut dengan kehadiran The BOSS. Apa yang istimewanya showcase di Kuala Lumpur adalah, mereka telah mempersembahkan We're Together, New Boyz, Lady, dan What Are You dengan cukup semangat dan beremosi. Mungkin disebabkan kehadiran peminat lbih ramai dari di Melaka dan Seremban.

Semasa sesi bermain bersama peminat, The Boss sendiri memilih peminat bertuah. Yang menarik perhatian sudah pastilah Karam kerana dia memilih jejaka dari semua peminat perempuan ada. Lebih menggamatkan suasana lagi, peminat lelaki itu sendiri mengangkat dan mendukung (piggy bag) Karam. Salah seorang peminat perempuan di atas pentas itu berkata yang dia telah menunggu kehadiran The Boss selama 5 tahun di Malaysia. Mendengar kata-kata itu, Injun sebagai pasangan peminat itu begitu terharu dan terus memeluknya. Macam drama TV pula gaya dia masa tu. mendakap penuh rapat okay~ Apa lagi, riuhlah kompleks 1 Shamelin mendengar jeritan peminat lain yang menunjukkan reaksi cemburu.

Semestinya fanservice yang diberikan lebih istimewa dari yang biasa oleh The BOSS. Penampakan wajah riang dan ceria oleh kelima-lima ahli tersebut telah membuktikan betapa seronoknya mereka dapat berjumpa dengan lebih ramai lagi peminat di Malaysia. Kehadiran The Boss membuktikan K-Pop bukan sekadar pada paras rupa kacak, malah mereka juga boleh menyanyi dan menari secara live.

Walaupun beberapa peminat yang rata-ratanya agak tertekan dengan kesuntukan masa yang The BOSS ada pada setiap showcase dan sesi autograf yang dijalankan, namun mereka amat berpuas hati untuk showcase pada kali ini. Terima kasih New Pro Star kerana telah memberi kesempatan dan menjemput kami ke ketiga-tiga showcase yang berjaya dijalankan di Malaysia. Sila lihat gambar-gambar yang kami sempat ambil ketika semua acara dijalan di laman facebook kami di sini.


Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan