Selebriti Korea Menyampaikan Rasa Simpati Berkenaan Nahas Pesawat MH17

Leave a Comment
Tanggal 17hb Julai 2014 pada pukul 11.30 tengah malam, di kala penduduk Malaysia mahu mula melelapkan mata, kita dikejutkan dengan berita pesawat MH17 dari Malaysia Airlines (MAS) telah terhempas di kawasan berhampiran sempadan Ukraine. Pesawat MH17 dikatakan dalam perjalanan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur. Pesawat itu telah ditembak dari jarak sejauh 10 kilometer di langit lalu jatuh dan terhempas di kawasan perkampungan ladang gandum. Masih belum ketahui dengan kehilangan pesawat MH370 pada Mac yang lalu, Malaysia sekali lagi menerima berita yang mengejutkan ini dan secara tak langsung kita menjadi tumpuan seluruh dunia.
 
Berita ini turut diketahui beberapa selebriti Korea Selatan. Mereka menunjukkan keprihatinan mereka dengan mengepos status di laman sosial mereka. Ahli terkuat program TV popular Running Man iaitu Sparta Kim Jongkook mengepos foto di akaun Instagramnya. Manakala Brian Joo dari Fly To The Sky menunjukkan dia begitu tekejut dengan berita itu sewaktu mahu masuk tidur. Brian Joo dan Kim JongKook pernah membuat perkara yang sama ketika kes MH370. Kali ini sekali lagi mereka menunjukkan betapa mereka turut mengambil berat dengan kejadian yang menimpa Malaysia. Baiknya mereka berdua ni. Nickhun dari 2PM pula menyatakan takziah kepada keluarga mangsa. Penyanyi berbakat Eric Nam yang juga hos rancangan After School Club (ASC) di Arirang TV trending #PrayForMH17 di laman Twitternya. Begitu juga bekas ahli kumpulan idola wanita NINE MUSES, Sera turut tweet "Pray for MH17" walaupun kejadian nahas MH17 telah berlaku 4 hari yang lalu.
 
"Takziah diucapkan kepada keluarga dan orang yang tersayang untuk penumpang dan kru pesawat MH17."
                                                                                                                        - Kim JongKook -

Sumber: instagram Kim JongKook (Running Man)
  
 
"Saya baru nak tidur & terbaca mengenai satu lagi pesawat Malaysia Airlines terhempas dengan 295 orang di atas kapal :( OMG!"
                                                                                                                - Brian Joo (Fly To The Sky)


"Semoga semua penumpang dan kru Malaysia Airlines MH17 bersemadi dengan aman di sana serta takziah diucapkan kepada  kaum keluarga dan orang yang mereka sayangi"
                                                                                                                        - Nickhun (2PM)
 
 
"#BerdoaUntukMH17"
                                                                                                                        - Eric Nam


"Saya berdoa untuk MH17"
                                                                                                               - Sera (Bekas ahli Nine Muses)



 Jika mereka turut merasa sedih dengan kejadian ini, apetah lagi keluarga mangsa dan orang yang mereka sayangi. Marilah kita berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah (pada yang Islam) kepada mereka yang telah pergi. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Kami berharap pihak yang terlibat dalam kes ini dapat menghadapi dugaan dan cabaran sepanjang siasatan dilakukan. Rakyat Malaysia dan seluruh dunia akan sentiasa menyokong mereka dari belakang, depan, kanan, kiri, atas, bawah dan seluruh penjuru yang boleh demi menunjukan sokongan kita. Hwaiting Malaysia!


Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan