B.o.B, Yuna, Boys Republic dan Thaitanium Menghangatkan Hujung Minggu di MTV WORLD STAGE MALAYSIA 2014

Leave a Comment
MTV World Stage Malaysia 2014 parti muzik yang bertaraf antarabangsa  telah diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon pada Sabtu, 16 Ogos 2014, dan ia adalah malam yang harus diingati! Terdiri daripada barisan penghibur yang hebat dari dalam dan luar negara iaitu B.o.B., Yuna, Boys Republic dan Thaitanium telah menggegarkan pentas di Malaysia dengan koleksi muzik bergenre R&B, hip-hop dan K-pop kepada lebih 10,000 peminat yang hadir pada malam itu.
 
Tayangan perdana MTV World Stage Malaysia 2014 akan disiarkan pada 20 Ogos 2014 @ 6.30 petang  (WIB), 7.30 petang (SG) dan 8.30 malam (MAL);  Jumaat 29 Ogos @ 10.00 malam (PH).

Surf Beach, Sunway Lagoon
 
Hos MTV Alan Wong & Hanli Hoefer
 
Awal-awal lagi tepat pada pukul 8:00 malam waktu tempatan, persembahan pembukaan dari Thaitanium cukup memukau peminat dengan 11-track medley termasuk persembahan single terbaru mereka bersama Snoop Dogg. “Wake Up (Bangkok City)”.  Lima anak muda kelahiran Siam - HAN, WAY, HARI, Calo BIG dan Tony B benar-benar menaikkan mood penonton. Kelihatan semua penonton menari dan menikmati persembahan mereka walaupun ada yang baru pertama kali mengenali Thaitanium. Mereke mempersembahkan lagu-lagu seperti "Do What I Say", "Bong Tong", "Put Your Hands Up" dan "Sukebe".
 

 
 
 Thaitanium
Sebagai peminat K-Pop, sudah tentu kemunculan Boys Republic  amat dinanti-nantikan. Memunculkan diri dari tengah-tengah pentas disertai dengan teknik lampu, percikan api dan kabus asap cukup membuatkan peminat menjerit menantikan persembahan lima jejaka tampan ini. Persembahan pertama mereka ‘You Are Special’ menjadi persembahan debut Boys Republic di MTV World Stage 2014. Mereka sempat memperkenal diri dan menyapa dengan berkata “Apa khabar?” kepada peminat Malaysia. Ini bukanlah kali pertama mereka berada di Malaysia. Acara kali ini adalah kali kedua mereka di sini. Sebab itulah mereka amat menghargai peminat Malaysia yang banyak memberi mereka kenangan semasa mereka berada di Malaysia sebelum ini.

 
 Boys Republic
 
Lagu ‘Video Game’ yang mempamerkan koreografi menarik berjaya membuatkan peminat terpegun dengan persembahan mereka. Rata-rata yang hadir bukanlah 100% peminat K-Pop. Mereka mungkin peminat BoB, Thaitanium atau Yuna. Namun, reaksi yang kami lihat malam itu amat positif. Anak-anak muda tempatan tidak kira remaja mahupun dewasa, semuanya begitu fokus melihat persembahan Boys Republic. Manakala peminat K-Pop pula melonjak gembira menyaksikan persembahan K-Pop di depan mata. Mungkin K-Pop sudah biasa dengan perkataan ‘fancam’, MTV mengajak peminat untuk mengirim video selama 15 saat di akaun Instagram dengan hashtag #worldstagemyfancam. Wah, pandai MTV mengikuti perkembangan peminat K-Pop.
 
 Boys Republic
 
Sementara menunggu kru dan ahli Boys Republic membuat persediaan untuk persembahan “Dress Up”,  MTV sempat memaparkan video di sebalik tabir pembikinan MV “Dress Up”. Pelbagai telatah mereka dapat dilihat dari bermula dengan set pergambaran, foto, mekap, tarian dan lain-lain lagi.
Seorang gadis bertuah  yang memenangi pertandingan Boys Republic’s ‘Girlfriend’  telah terpilih untuk membuat persembahan ‘Dress Up’ bersama-sama Boys Republic di atas pentas. Telatah mereka melayan gadis itu hanya dapat diperhatikan dengan mata jer la. Terdengarlah suara-suara seperti “Oppa, andwae!!” – oppa, tak bole. “Oppa, yeogi!” – oppa, sini!! Nampak sungguh persembahan itu cukup membuatkan hati peminat tidak tenang dan cemburu. Hahaha.. Tapi, siapa boleh menghalang perasaan normal peminat kan? Siapa tak nak? Semua nak fanservice macam tu woo!! Tapi sayangnya, hanya seorang gadis sahaja yang boleh berada di tempat itu.  Peminat itu didandankan sendiri oleh jurumekap yang didatangkan khas dari Korea. Hurm, sudah tentu jurumekap Boys Republic sendiri kan? Tidak hairanlah gadis itu kelihatan sungguh menawan seperti gadis Korea.  

 Boys Republic bersama gadis bertuah
 
Persembahan Boys Republic tidak berakhir begitu sahaja, mereka menutup persembahan mereka dengan lagu ‘Party Rock’ dimana penonton lebih bersemangat menari bersama dan cuba untuk berinteraksi dengan lebih rapat lagi. Mereka melambai, bersalam, menyambut sehabis boleh apa sahaja cara yang boleh berinteraksi dengan peminat ketika membuat persembahan.  Lagi gambar-gambar mereka semasa MTV World Stage 2014 boleh dilihat di sini.
 
 Boys Republic cuba mendekati peminat
 
Jom tengok footage video Boys Republic yang dibawakan khas oleh MTV Asia sebelum disiarkan 20 Ogos ini.





 
video sumber dari MTV ASIA 
 
Walaupun telah disuapkan dengan persembahan bertenaga oleh Thaitanium dan Boys Republic.  Penonton tetap memberi sambutan yang sangat meriah dengan kemunculan anak jati tempatan, Yuna yang lampai dan elegan. Yuna yang tampak begitu tenang berada di pentas menyanyikan lagunya  “Jatuh”  dengan berlatarkan air terjun piroteknik.  Berbaju serba perak dan putih, Yuna menyempurnakan persembahannya dengan penuh perasaan dalam lagu-lagunya yang berjudul “Mountains”, “Lelaki”, “Dan Sebenarnya”, “Lights And Camera” dan lagu yang pernah melonjakkan namanya sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu 27 “Terukir Di Bintang”.  Bakat Yuna semestinya tidak boleh disangkal lagi, seperti memukau peminat, Yuna mempersembahkan “Rescue” dengan bermain ukulele secara langsung. Yuna mempersembahankan “Come Back”  yang begitu indah demi mengakhiri persembahannya  pada malam itu.
 
 
 
Yuna

Nama B.o.B. sahaja cukup untuk membuatkan peminat sudah tidak duduk diam lagi. Sebagai penghibur yang terakhir yang akan membuat persembahan kemuncak untuk MTV World Stage 2014, B.o.B tidak menghampakan peminat.  Menunjukkan kemahiran rapnya yang tersendiri, disampaikan melalui lagu “Don’t Let Me Fall”, “Ready ft. Future”, “Headband ft. 2 Chainz”, “John Doe ft. Priscilla”, Both of Us ft. Taylor Swift” dan “So Good”.  Ketika memulakan persembahn “Magic”, B.o.B. yang sangat merendah diri sempat memberi hi-5 kepada peminat-peminatnya.  Bukan itu sahaja, malah B.o.B. juga sempat mengambil telefon pintar peminat dan mengambil gambarnya sendiri (Selfie) untuk kenangan peminat itu. Siapa cakap artis K-pop jer tahu fanservice ni? B.o.B. pun tahu tau.  B.o.B. mendendangkan “Airplanes ft. Hayley Williams of Paramore” khas untuk mereka yang telah kehilangan orang tersayang sempena memperingati tragedi MH17 & MH370. Lagu terakhir “Still In This” dinyanyikan sebagai acara penutup MTV World Stage 2014.
 
 
 

B.o.B.
 
Malam itu, MTV World Stage 2014 berjaya mendapat hamper 16,000 pos di Instagram dan lebih 132 juta pengguna menggunakan media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram untuk menunjukkan sambutan terhadap acara ini. Hashtag #worldstagemy juga berada di dalam  top 10 trending twitter di Malaysia.
 
 Jangan lupa saksikan program khas MTV seperti jadual di bawah;

 
 MTV World Stage: Yuna
Rabu, 3 September  2014 - 6.30 petang (WIB), 7.30 petang (SG) dan 8.30 malam (MAL)
Khamis,  4 September 2014 -  8 malam (TH)
  
 
MTV World Stage: Boys Republik
Rabu, 10 September 2014 - 6.30 petang (WIB), 7.30 petang (SG) dan 8.30 malam (MAL)
Khamis, 11 September 2014 - 8 malam (TH)

 
MTV World Stage: B.o.B
Rabu, 17 September 2014 - 6.30 petang (WIB), 7.30 petang  (SG) dan 08:30 malam (MAL)
Khamis, 18 September 2014 - 8 malam (TH)

 
 MTV World Stage: Thaitanium
Rabu, 24 September 2014 - 6.30 petang (WIB), 7.30 petang  (SG) dan 08:30 malam (MAL)
Khamis, 25 September 2014 - 8 malam (TH)

 
Sumber gambar oleh MTV ASIA

 Join kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan