Boys Republic Kembali Ke Malaysia Untuk MTV WORLD STAGE 2014

Leave a Comment





Tanggal 16hb Ogos, apa yang anda akan lakukan? Masih sibuk beraya serta menziarah rumah terbuka ker? Tak perlu cakap banyak, jika anda tak tahu nak buat apa pada hari itu, kami mencadangkan agar anda tanda di kalendar anda awal-awal kerana 16hb Ogos ini MTV akan menganjurkan 'MTV World Stage in Malaysia 2014'. Ini adalah tahun keenam acara MTV World Stage diadakan di Malaysia. Konsert tahun ini menampilkan Yuna yang sudah tidak asing lagi bagi kita, malah nama Yuna juga meningkat naik di Amerika Syarikat sekarang. Juga menampilkan penyanyi, penulis dan penerbit lagu hiphop terhangat B.o.B. dari Amerika Syarikat. MTV baru sahaja mengumumkan Thaitanium dalam senarai artis yang akan membuat persembahan. Thaitanium adalah artis hiphop berdarah Siam yang tinggal di Amerika Syarikat sejak kecil.

Boys Republic
 
YUNA
 
B.o.B.
 
Thaitanium
 

Sila simpan maklumat di bawah ini supaya anda takkan terlepas untuk menghadiri konsert yang bertaraf antarabangsa ini.

Tarikh : 16 Ogos 2014
Lokasi : Surf Beach, Sunway Lagoon
Masa: 7.30ptg
Keterangan lanjut:  http://worldstage.mtvasia.com


Selain menampilkan artis tempatan dan barat, sejak tahun 2008 lagi MTV World Stage juga menampilkan artis dari Korea Selatan. Artis-artis Korea yang pernah terlibat adalah Wonder Girls, BEAST, KARA, Jay Park dan EXO. Tahun ini, MTV World Stage 2014 menampilkan Boys Republic yang sedang meningkat naik di negara kimchi itu. Boys Republic pernah mengadakan promosi dan showcase di Malaysia pada Disember tahun lalu selama 4 hari 3 malam. Wah, lamanya mereka kat sini masa tu. Siap main bowling bersama peminat bertuah lagi. Tahun ini, mereka kembali lagi dan akan berkonsi pentas yang juga akan digunakan oleh Yuna dan B.o.B. nanti.




Boys Republic terdiri dari lima anak muda iaitu One Junn, Sunwoo, Sung Jun, Min Su dan Su Woong. Mereka adalah artis di bawah naungan Universal Music Group dan Jung Hae Ik dimana penerbit ini pernah menaikkan kumpulan-kumpulan idola generasi pertama iaitu S.E.S., H.O.T. dan G.O.D.

Debut pertama Boys Republic pada Jun tahun lalu yang bertajuk 'Party Rock' telah mendapat tempat pertama dalam carta iTunes di Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura. Lagu mereka 'You Are Special' juga mencapai No. 1 di Carta KKBOX di Malaysia. Single 'Video Game' pula Berjaya mendapat No. 1 di Dwango K-POP daily chart di Jepun tahun ini.



Memang Boys Republic tengah mempromosikan lagu terbaru mereka 'Dress Up' di semua program muzik di Korea Selatan sekarang ini. Peminat Kpop di Malaysia bertuah kerana dapat menyaksikan persembahan Dress Up mendahului negara Asia Tenggara yang lain. Persembahan yang berkonsepkan warna yang ceria serta koreografi yang menarik, cukup membuatkan mata penonton akan tertumpu kepada mereka di Sunway Lagoon, 16 Ogos ini. Siapa yang ingin berjumpa dengan kelima-lima ahli ini dengan lebih rapat lagi, bolehlah menyertai peraduan untuk memenangi pas Meet & Greet di sini. Pastikan anda menjawab semua soalan dengan betul dan terpantas tau? Barulah ada peluang nak menang. Dan lebih utama lagi anda dapat bertemu mereka dengan lebih dekat! Rapat! Sangat! WOW! hee~~

Jom kita tengok video Boys Republic memberikan kata ucapan mereka kepada peminat di Malaysia.



 
Sumber gambar oleh MTV ASIA
Join kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan