Jualan Tiket Untuk Running Man ‘Race Start Season 2 Fan Meeting’

Leave a Comment
Jualan tiket ‘Race Start Season 2 fan meeting’ akan bermula pada 29 Ogos 2014, Jumaat, 10 pagi
melalui TicketCharge
 

Sesi bertemu peminat ini (fan meeting) akan diadakan di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 1 November 2014, Sabtu. Penganjur adalah tak lain tak bukan adalah ONE HD bersama peaja Red Bull – Air Tenaga No. 1 di Malaysia.

Tarikh : 1 November 2014, Sabtu  
Lokasi: Stadium Negara, Kuala Lumpur
Harga tiket : RM729 (VIP), RM499 (CAT 1), RM429 (CAT 2), RM 299 (CAT 3), RM199 (CAT 4) 
 
Sudahkah anda bersedia? Perlumbaan akan bermula pada 29 Ogos ini. Peminat program TV popular Running Man yang pastinya sudah lama menantikan peluang ini tidak sabar lagi untuk bertemu mereka bukan? Bukan semata-mata dapat melihat dari jauh, peminat juga berpeluang untuk berinteraksi dengan mereka dengan lebih dekat lagi. Doa-doalah yang korang akan bertuah nanti.

Penganjur rasmi ONE HD telah mengeluarkan poster untuk acara ini. Keempat ahli Running Man yang bakal bertemu peminat di Malaysia adalah si hidung besar Ji Suk Jin, harimau Sparta Kim Jong Kook, si ‘blankSong Ji Hyo dan si katik yang comel Haroro HAHA. Dah terbayang di kepala admin betapa meriahnya nanti dengan kehadiran mereka. Walaupun Yoo Jae Suk, Lee Kwang Soo dan Kang Gary tidak dapat hadir bersama, namun kita tahu di hati ahli-ahli Running Man mereka tetap ada bersama.
  

Harga tiket dan Pelan Zon Tempat Duduk

 

Tarikh Jualan: 29 Ogos 2014, Jumaat
Masa : 10 pagi dan seterusnya
Harga Tiket : RM729 (VIP), RM499 (CAT 1), RM429 (CAT 2), RM299 (CAT 3) dan RM199 (CAT 4)
Ejen Tiket : TicketCharge (www.ticketcharge.com / 03-9222 8111)

 

Peminat dari semua kategori tiket mungkin mendapat peluang untuk berinteraksi bersama bintang Running Man dengan lebih dekat lagi. Manakala semua pemegang tiket VIP (RM729) akan menerima pas autograf eksklusif untuk bertemu dengan salah seorang dari 4 ahli Running Man. Sudah ada pas autgoraf tu, maknanya dapatlah ambil autograf salah seorang dari mereka. Siapa rindu HAHA masa di Paviliion baru-baru ini, mesti dapat merasa lagi sesi autograf dengan beliau kan? Maklumat terperinci mengenai sesi autograf akan diumumkan apabila tarikh acara hampir  tiba nanti.


Untuk berita terkini berkenaan ‘Race Start Season 2 in Malaysia ’, sentiasalah menonton ONE HD di Astro Ch 393; lawati laman web ONE di (www.onetvasia.com); atau  follow laman Facebook  ONE (www.facebook.com/ONETVASIA) dan akaun Twitter  www.twitter.com/ONETVASIA).


Sementara menunggu hari yang bakal menaikkan rasa seronok kepada peminat Running Man, jom layan Running Man setiap Jumaat pada pukul 11.45mlm eksklusif hanya di ONE HD dan ulangannya pada Jumaat minggu hadapannya pada pukul 7.40mlm, juga Sabtu dan Ahad pada 11.15mlm.
 
 
Join kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan