Ibu EunB Menyampaikan Kata Terakhir EunB Kepada HyunMin-A

Leave a Comment

Berita kematian salah seorang ahli Ladies Code, EunB (22 tahun) mengejutkan peminat K-Pop seluruh dunia. Ladies Code terlibat dengan kemalangan tragis ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Daegu ke Seoul pada 3 September 2014 Rabu lalu. Dua ahli mereka mengalami kecederaan kritikal SoJung dan RiSae yang masih ditahan di unit kawalan rapi (ICU). Manakala dua lagi ahli mereka Zuny dan Ashley mengalami kecederaan minor.



Mendiang EunB




Hyun Min-A yang telah memulakan latihan sebagai artis baru di M-Net Academy tahun lalu pernah membuat latihan bersama ahli Ladies Code sebelum ini seakan tidak percaya dengan berita ini yang diberitahu oleh pengurus syarikatnya, Blessync Media.  Mana tidaknya, ianya adalah rakan dan juga pasangan lagu duet Hyun Min-A sendiri iaitu EunB yang telah menjadi mangsa kemalangan ngeri itu.

Hyun Min-A hadir ke upacara pengebumian EunB di Korea University Hospital Anan untuk menunjukkan rasa simpati dan takziah kepada ahli keluara dan rakan-rakan EunB.

Linangan air mata mulai pecah menjadi tangisan apabila Hyun Min yang diiringi oleh penerbitnya Blake Shin secara ringkas bercakap dengan ibu EunB. Dalam kesedihan dan berair mata, ibu EunB memberitahu Hyun Min, “Saya berterima kasih kerana melawat EunB. Sudah tentu saya kenal dan mengingati awak. EunB pernah beritahu saya tentang awak, dia begitu gembira ketika dapat bekerja sama untuk lagu duet bersama awak.”

“Saya masih ingat… dia sangat gembira menyanyikan lagu duet bersama awak. Dia juga memberitahu saya yang dia sangat suka lagu itu.” Kata ibu EunB sambil cuba menahan air matanya.


Hyun Min-A, atau nama sebenarnya Ajieb Rosdi tidak dapat menahan air mata selepas mendengar kata-kata ibu EunB. Hanya pelukan yang dapat menenangkan perasaan mereka ketika itu.


"Saya berasa sangat sedih kerana saya telah menunggu sehingga hari debut saya di Korea bersama dia (EunB) dengan lagu duet kami… tetapi sekarang, saya sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan.”


"Bila pertama kali saya berjumpa dengannya dan mengenali  dia, saya berikannya hadiah… tidaklah mahal tetapi sesuatu yang saya mahu dia ingati yang hadiah itu dari saya. Pada masa itu EunB memberitahu saya  yang hadiah itu adalah hadiahnya yang pertama dia terima sejak dia debut sebagai ahli Ladies Code. Dia begitu gembira seperti kanak-kanak.” Kata HyunMin-A kepada ibu EunB.

Hyun Min atau juga dikenali sebagai Ajieb Rosdi

Ladies Code


Pada July 2013, Hyun Min dan EunB telah merakamkan satu lagu duet bertajuk ‘Remember Me’ dengan sokongan M Net Academy dan Polaris Entertainment. Ianya adalah dari Blessinc Media dan mereka merancang untuk membuat pergambaran video muzik untuk lagu itu selepas EunB tamat mempromosikan lagu Kiss Kiss bersama Ladies Code. Pihak pengurusan Hyun Min juga ada merancang satu program TV khas yang melibatkan Hyun Min dan EunB sebagai watak utamanya. Malangnya rancangan ini tidak dapat menjadi kenyataan kerana pemergian EunB. Sebaliknya, lagu duet itu akan diolah dan dirancang semula sebagai “Tribute Song for EunB”.
 
 
Nota kaki: Tahun lepas admin sempat masuk rakaman program muzik Arirang TV Simply Kpop dan KBS Music Bank di Seoul ketika mereka mempromosikan lagu "Pretty Pretty". Teringat admin betapa ramah dan baiknya ahli-ahli Ladies Code melayan kami walaupun mereka tahu kami bukan peminat mereka. Tidak sombong dan tidak lokek dengan senyuman, sentiasa melambai walaupun kami agak jauh dari tempat mereka.


Join kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan