Eric Nam Akan Menemui Peminat Bersempena 'FYI On Stage' di Malaysia di Klang & Puchong!

Leave a Comment


Para peminat Eric Nam kini bakal berpeluang untuk menyaksikan bakat yang hebat lagi mengasyikkan pada 12 Oktober 2014 di Kuala Lumpur bersempena  “F.Y.I On Stage In Kuala Lumpur With Eric Nam”. Mungkin ramai sudah mengetahui acara Eric Nam ini bakal berlangsung di The Garden's Theatre, Mid Valley City. Malang tidak berbau, tempat untuk Eric Nam mempersembahkan segala bakatnya buat rakyat Malaysia sudahpun ditukar ke Chatime Galleria, Puchong sebagai lokasi terbaru. Masa dan tarikh adalah masih sama. Cepat jangan lepaskan peluang yang esklusif! Dapatkan tiket VIP yang masih boleh dibeli di Inspire M.E kerana mereka telah menjanjikan keselesaan dan perkhidmatan yang mantap serta lain dari yang lain buat peminat Eric Nam.

Juga jangan terkejut kerana Eric Nam juga akan beraksi di Klang Parade pada hari Sabtu bersamaan 11 Oktober 2014 secara terbuka dan percuma. Barangan rasmi Eric Nam juga bakal disajikan dan dijual pada tempat dan hari tersebut. Untuk info dan keterangan yang lebih lanjut, sila lawati laman facebook Inzpire ME atau untuk sebarang pertanyaan, bolehlah email ke enquiry2.me@hotmail.com .

Terima kasih M.E Malaysia kerana bakal membawa “F.Y.I On Stage with Eric Nam” ke tanah air. Juga tidak lupa KLIK Magazine, MyKpopHuntress, Kpopped.com (sebagai media rasmi) KakaoTalk (Aplikasi Chat rasmi) dan terima kasih buat Klang Parade kerana menjadi lokasi rasmi yang bakal berlangsung minggu ini!

Berikut adalah jadual aktiviti Eric Nam nanti;
 
Sesi Bertemu Peminat (Terbuka)
Tarikh: 11 Oktober 2014 (Sabtu)
Lokasi: Main Court, Klang Parade
Masa: 7.30 ptg
Aktiviti: Sesi soal jawab dan autograf
 
Persembahan Tertutup (Tertutup)
Tarikh: 12 Oktober 214 (Ahad)
Lokasi: Chatime Galleria, Puchong
Masa: 5.00 ptg (Premium Meet & Greet), 7.00 ptg (Persembahan)

Jumpa anda di sana.

Join kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan