Jessica Bukan Lagi Ahli Girls Generation (SNSD) - Ahli Kumpulan Idola K-Pop yang 'Hilang'

Leave a Comment
Jessica Bukan Lagi Ahli Girls Generation (SNSD)

Sejak industri muzik K-Pop makin diterima oleh ramai peminat di seluruh dunia, banyak kumpulan idola berjaya mencipta nama. Banyak juga nama-nama besar yang begitu popular suatu masa dahulu. Pergi, tukar dan ganti ahli kumpulan seolah-olah titik perjudian bagi pihak agensi untuk mencuba nasib bagi menaikkan kualiti dan populariti sesuatu kumpulan itu.

 
Girls Generation (SNSD)


Baru-baru ini, agensi hiburan terbesar Korea Selatan, SM Entertainment telah mengumumkan berita yang amat mengejutkan. Salah seorang ahli kumpulan idola wanita terkenal Girls Generation (SNSD), Jessica telah dikeluarkan dari kumpulan itu dan dia juga mengeluarkan kenyataan di laman weibo untuk meluahkan perasaannya yang telah dikeluarkan dari kumpulan SNSD. Kini SNSD bergerak bukan seramai 9 gadis, tetapi hanya 8 gadis sahaja. Ianya jelas dilihat apabila hanya 8 ahli SNSD yang muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon sebelum mereka berlepas ke China pada 30 September yang lalu. Pelbagai sebab dan alasan dinyatakan berkenaan isu ini. Ada yang mengatakan Jessica mahu berkahwin la, mahu fokus pada bidang fesyen la, mahu meninggalkan SNSD selepas siap keluarkan satu lagi album la, pengaruh dari teman lelakinya yang kaya la dan macam-macam lagi. Pelbagai tuduhan yang dapat dilihat kepada Jessica mahupun 8 ahli SNSD yang lain. Ada mengatakan Jessica seolah-olah menunjukkan dirinya adalah mangsa keadaan dan ahli SNSD yang lain cemburu dengan kejayaan Jessica yang mempunyai jenama fesyen sendiri. Malah ada juga yang menyalahkan Jessica dan mengatakan Jessica bersikap mementingkan diri dan tidak memikirkan ahli-ahli kumpulannya yang lain. Namun, semua itu hanya Jessica, SM Ent. dan ahli SNSD sendiri yang lebih mengetahui.

Jessica kini bukan lagi ahli Girls Generation.

Pada pendapat admin, perkara yang terjadi kepada SNSD dan Jessica bukanlah isu asing berbanding dengan kumpulan idola yang lain. Banyak kumpulan yang bertukar ahlinya dan masih berjaya menempa nama dengan bilangan ahli yang tinggal atau selepas kemasukan ahli baru. Ada pelbagai sebab mengapa ahli-ahli lama meninggalkan atau keluar dari kumpulan mereka itu. Khabar angin atau tidak, hanya mereka yang terlibat sahaja mengetahui. Walaupun ada pelbagai spekulasi dan bukti-bukti bergambar yang disebarkan di internet. Namun, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi. Jika peminat bersangka si A adalah pihak yang bersalah, tetapi berlainan pula kenyataan oleh media dan pihak lain. Pelbagai reaksi dan keadaan juga boleh dilihat dimana peminat sendiri bergaduh sesama sendiri dengan memihak idola yang mereka minati. Lumrah manusia akan melindungi dan membela orang yang mereka sayangi. Begitu juga peminat-peminat ini. Masing-masing mempunyai tanggapan dan kepercayaan mereka terhadap idola mereka.

Walau apapun, kita harus ingat. Sejauh mana kesetiaan kita sebagai peminat terhadap mereka (idola), mereka juga manusia biasa seperti kita yang inginkan kehidupan normal dan menggapai impian mereka sendiri. Tidak semestinya mereka harus bersama selama-lamanya dengan ahli kumpulan mereka. Tahun demi tahun, masing-masing mempunyai haluan mereka sendiri. Oleh itu, jika anda peminat K-Pop, bersedialah untuk menghadapi keadaan seperti ini. Samada perpisahan itu secara baik atau tidak, kita harus menerimanya dan ingatlah K-Pop ini sekadar hiburan.

 
 
Ahli Kumpulan Idola K-Pop yang 'Hilang'

Senarai di bawah adalah dimana beberapa ahli dalam kumpulan idola yang pernah 'hilang' dari kumpulan asal mereka. Perkataan 'hilang' di sini bukanlah bermasud hilang tanpa dapat dikesan, ianya dikaitkan dengan maksud berkemungkinan mereka dikeluarkan atau meninggalkan kumpulan itu. Jom kita tengok siapa mereka yang 'hilang' tu.

1. Julai 2007 - Wonder Girls hilang Hyuna (masalah kesihatan) dan digantikan dengan YooBin.

Hyuna

Wonder Girls pada zaman lagu hit mereka "Irony"


2. Mac 2008 - KARA hilang Kim Sunghee (Tekanan dari ibu bapa) dan kemasukan 2 ahli baru iaitu Go Hara dan Kang JiYoung.

Kim Sunghee
 
Ahli asal KARA sewaktu debut dengan lagu "Break It"
 

3. Januari 2009 - FT Island hilang Oh WonBin (bergerak solo) dan digantikan dengan Song Seunghyun

Oh Wonbin
 
Wonbin bersama ahli FT Island yang lain ketika lagu "After Love" dan "Love Sick" 
 

4. Ogos 2009 - DBSK/TVXQ/Tohoshinki hilang JYJ (memfailkan tuntutan mahkamah)

Dari kiri: Junsu (Xiah), Jaejung (Hero) dan YooChun (Micky)
 
DBSK popular dengan lagu Hug, Mirotic, 'O' dan Rising Sun.
 

5. Disember 2009 - Super Junior hilang Hangeng/HanKyung (memfailkan tuntutan mahkamah)

Hangeng/Hangkyung
 
Super Junior OT13 pernah hit dengan lagu "Sorry Sorry"
 

6. Januari 2010 - Wonder Girls hilang Sunmi (sambung belajar) dan digantikan dengan Hyelim

SunMi
 
Wonder Girls ketika popular dengan lagu "Nobody"
 

7. Februari 2010 - 2PM hilang Jay Park (masalah dalaman dengan agensi)

Jay Park
 
2PM ketika bersama Jay Park dengan lagu popular mereka "Again and Again"
 

8. Februari 2011 - U-Kiss hilang KiBum (fokus berniaga) & Xander (sambung belajar) digantikan dengan AJ dan Hoon.

Xander & Kibum
 
U-Kiss makin dikenali dengan lagu Manmanhani ketika itu


9. Julai 2011 - After School hilang Bekah (sambung kerjaya sendiri di Amerika Syarikat)

Bekah
 
10. Jun 2012 - After School hilang Kahi (bergerak solo)
 
Kahi
 
 
 

After School


11. April 2013 - A Pink hilang YooKyung (sambung belajar)
 
YooKyung
 
A Pink dengan lagu "I Don't Know"
 
 
12. Julai 2012 - T-Ara hilang Hwayoung (kes buli dan dipulaukan) pada masa yang sama Ah Reum dimasukkan sebelum Hwayoung meninggalkan T-Ara
 
Hwayoung
 
T-Ara ketika ini sangat popular dengan konsep retro
 
 
13. Julai 2013 - T-Ara hilang Ah Reum (bergerak solo)
 
Areum
 
T-Ara dan Areum sempat mempromosikan "Sexy Love"
 
 
14. Oktober 2013 - U-Kiss hilang Dong Ho (masalah kesihatan)
 
DongHo
 
U-Kiss
 
 
15. Januari 2014 - KARA hilang Nicole & Jiyoung (bergerak solo)
 
Nicole dan Jiyoung
 
KARA cukup popular di Korea dan Jepun sejak "Mister"
 
 
16. Mei 2014 - EXO hilang Kris (memfailkan tuntutan mahkamah)
Kris
 
Lagu "Growl" berjaya menaikkan nama kumpulan EXO
 
 
17. Ogos 2014 - Ladies Code hilang EunB & Rise (Maut dalam kemalangan) ketika mempromosikan lagu "Kiss Kiss"
 
EunB dan Rise
 
Ladies Code semasa mempromosikan "Pretty Pretty"
 
 
18. September 2014 - SNSD hilang Jessica (fokus kerjaya fesyen)
 
Jessica
 
Jessica bersama ahli SNSD selama 7 tahun.
 
Ada banyak lagi kumpulan idola K-pop yang lain yang mengalami masalah 'hilang' ahli mereka, tapi admin tak larat nak senaraikan semua. Jadi ini pun bolehlah untuk bacaan pengikut Buletin Kpop. Kalau nak tahu lagi kena tanya Encik Google. Jangan sedih-sedih okay K-Poppers! Himnae seyo~!

 
 
Join kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan