‘My Lovely Girl’ Mempertemukan Rain dan Krystal di ONE HD

Leave a Comment


Pertama  & Eksklusif : Kemunculan semula Rain di kaca televisyen melalui ‘My Lovely Girl’ di One

Malaysia, 12 Oktober 2014 – Rain, bintang antarabangsa Korea kembali menemui peminat setelah berehat selama empat tahun. Beliau membintangi drama mini terbaru, My lovely Girl yang akan disiarkan di One.

Krystal dan Rain sebagai watak utama drama My Lovely Girl. (Osen)

Rain (Jung Ji Hoon) memegang watak utama di samping Krystal Jung (The Inheritors) yang juga merupakan ahli kumpulan K-pop wanita “f(x)”, ini merupakan kali pertama Krystal memegang peranan sebagai watak utama. Turut bersama mereka, dua ahli kumpulan Infinite – L (The Master’s Sun), vokal  kumpulan tersebut dan penari utama mereka, Hoya (Reply 1997). Drama romantik ini menjadi tumpuan peminat dan media dari Korea amnya kerana pemilihan pelakon yang terdiri daripada idola sebagai watak utama dan bertaraf antarabangsa di samping plot yang menarik.


Hoya dan L dari INFINITE turut membintangi drama My Lovely Girl

Drama ini berlatarbelakangkan industri hiburan di Korea. My Lovely Girl merupakan drama romantik yang mengisahkan dua individu yang mengubat luka percintaan mereka melalui muzik. Rain memegang watak sebagai Lee Hyun Wook, seorang penulis lagu-penerbit dan juga CEO sebuah agensi hiburan – watak yang dipegang beliau mempunyai persamaan dengan kehidupan apabila di luar skrin – seorang yang telah kehilangan orang yang tersayang akibat kemalangan. Pada awalnya, Lee Hyun Wook merupakan seorang yang bersahaja dan kemudian berubah apabila jatuh cinta dengan Yoon Se Na (Krystal Jung), seorang penyanyi yang juga merupakan adik perempuan bekas kekasihnya yang telah meninggal dunia.

Dengan menonton My Lovely Girl, penonton akan mendapat  gambaran sepintas lalu mengenai dunia hiburan idola k-pop  kegemaran mereka. Para peminat Krystal, penyanyi yang mencuba ke bidang lakonan dapat menyaksikan perubahan Krystal dari seorang yang glemer dan mempersona kepada seorang yang manis dan pemalu.
Rain telah bersedia untuk memukau penonton di seluruh Asia pada bulan Oktober ini melalui drama My Lovely Girl, eksklusif di ONE HD!
My Lovely Girl akan bersiaran mulai 22 Oktober di ONE HD (Astro B.yond saluran 393), bagi menggantikan drama Angel Eyes yang akan tamat tidak lama lagi. Drama ini akan ditayangkan setiap hari Rabu dan Khamis jam 8.55 malam.


Mengenai ONE

One merupakan saluran umum Asia yang pertama dari Sony Pictures Television Network, Asia, yang menyiarkan saluran kabel terkemuka di Asia seperti  AXN, Animax, Sony Entertainment dan beTV.
ONE menyiarkan drama-drama dan rancangan hiburan yang terkini secara eksklusif dan secara jangka yang pertama. Ianya termasuk tayangan perdana drama-drama yang terpilih,rancangan variasi dan persembahan muzik yang telah disiarkan antara 3-5 minggu di Korea. Penonton dapat menyaksikan bintang-bintang ternama dan  nama-nama yang terkemuka dalam industri hiburan Korea, dari idola-idola muda dan trendi hingga ke drama popular juga rancangan variasi terbaru dan  lagu-lagu k-pop yang hit.
Di samping itu juga, ONE sering membawa artis-artis dari Korea Selatan bagi tujuan promosi dan bertemu peminat. Antara acara yang telah berjaya termasuklah bintang-bintang drama Korea seperti Zo In Sung (That Winter, The Wind Blows), Lee Hyun Woo (To the Beautiful You), Lee Dong Wook (Scent of a Woman), Kim Sun-A (Scent of a Woman), Jang Hyuk (Midas) dan kumpulan K-pop Korea, BTOB; serta kejayaan aktiviti Running Man bertemu peminat di Singapura.
ONE HD merupakan saluran berdefinisi tinggi dimana boleh didapati di Australia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Sila layari www.onetvasia.com untuk maklumat lanjut.

 Join kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan