ROOMMATE Musim Ke-2 di One HD dengan Ahli Baru yang lebih Kecoh!

Leave a Comment
MUSIM TERBARU : ROOMMATE MUSIM KE-2
 
 
Roommate Musim Ke-2
Tayangan Perdana: 28 Oktober 2014, Selasa
Setiap Selasa, jam 11.45 malam di ONE HD (Astro B.yond Ch393)

Roommate kembali dengan musim yang lebih menyeronokkan. Nantikan kejutan-kejutan dari ahli baru yang berpindah masuk dan pasangan baru berkumpul dalam satu tempat yang sama. Sunny - ahli kumpulan K-pop Girls Generation, Young Ji - ahli baru kumpulan Kara, Jackson – jejaka Hong Kong naungan JYP dengan kumpulannya yang bernama GOT7, Park Joon Hyung - ahli kumpulan G.O.D, Otani Ryohei - pelakon dan model dari Jepun, Bae Jong Ok – pelakon wanita berpengalaman dan Lee Guk Ju – pelawak wanita yag sedang meningkat popular. Mereka  akan menyertai Lee Dong Wook Jo Se Ho, Park Min Woo, Seo Kang Jun dan Na Na sebagai ahli tetap Roommate Musim ke-2. Musim baru ini lebih memberi fokus kepada kehidupan setiap ahli Roommate secara individu sebagai selebriti dan bagaimana mereka menyelesaikan masalah yang timbul sebagai “Ahli Keluarga Roommate”

Atas (dari kiri) : Jackson (GOT7), Park Min Woo (Ramyun Flower Boy), Lee Dong Wook (My Girl), Jo Se Ho (The Master’s Sun, My Love From The Star), Otani Ryohei, Park Joon Hyung (g.o.d.),
Seo Kang Jun (The Strange Housekeeper),
Bawah (Dari kiri): Cucumber (si anjing peliharaan), Bae Jong Ok (The Winter, That Wind Blows), Heo Young Ji (Kara), Lee Guk Joo, Sunny (Girls' Generation),

 
Join kami di:





0 ulasan:

Catat Ulasan