Siaran Ulangan : The Inheritance / The Heirs di ONE HD

Leave a Comment
Inheritors / The Heirs
<继承者>
 

Siaran Ulangan: 18 November 2014
Setiap Isnin hingga Khamis, 7.40 mlm hanya di ONE HD (Astro B.yond Saluran 393)
Boleh didapati dalam alih suara Bahasa Malaysia dan Mandarin


SINOPSIS
Sebuah drama romantik komedi yang mengisahkan tentang persahabatan, persaingan dan kisah percintaan sekumpulan pelajar yang kaya-raya dan pelajar sekolah tinggi yang dipersiapkan untuk mengambil alih empayar keluarga mereka kelak. Bintang The Inheritors, Kim Tan - seorang yang sombong dan mementingkan diri. Dia juga merupakan pewaris bagi Empire Group.


Kim Tan di hantar ke Amerika Syarikat, walau bagaimanapun pada realitinya dia dipaksa menjadi keluarga erbuang apabila abangnya, Kim Won (Choi Jin Hyuk, My Daughter the Flower) mengambil alih perniagaan keluarga mereka di Korea Selatan.


Ketika di Amerika Syarkat, Kim Tan tidak sengaja bertemu Cha Eun Sang (Park Shin Hye, You’re Beautiful) yang ketika itu berada di sana untuk mencari kakaknya. Kim Tan telah jatuh cinta pada Eun Sang tanpa menyedari yang Eun Sang merupakan anak pembantu rumahnya di Korea Selatan. Berbeza dengan Kim Tan, Eun Sang bekerja sambilan bagi menyara hidup keluarganya.


Perkara menjadi semakin rumit apabila tunang Kim Tan, iaitu Rachel Yoo (Kim Ji Won, To the Beautiful You) yang juga merupakan pewaris bagi jenama RS International tiba di Amerika Syarkikat bagi membawa dia pulang ke rumah. Abang tiri Rachel, Choi Young Do (Kim Woo Bin, A Gentleman’s Dignity) yang juga merupakan pewaris bagi Zeus Hotel Group dan seorang pembuli juga jatuh cinta pada Eun Sang.

Selain daripada watak-watak utama ini, tidak dilupakan watak kegemaran netizen Korea iaitu pasangan ceria dan comel yang dilakonkan oleh pemain drum CNBLUE Kang Min Hyuk  sebagai Yoon Chan Young dan Krystal Jung dari kumpulan f(x) sebagai Lee Bo Na.

Jangan lupakan, saksikan siaran ulangannya malam ini pada pukul 7.40 malam hanya di ONE HD.


PELAKON: Lee Min Ho, Park Shin Hye, Choi Jin Hyuk, Kim Woo Bin, Kang Min Hyuk, Krystal Jung, Park Kang Ha Neul, Park Hyung Shik


Join kami di:
FACEBOOK | TWITTER

0 ulasan:

Catat Ulasan