Bank Punk Seoul …Whatever That Means Mengadakan Persembahan di Malaysia.

Leave a Comment
Jarang sekali kita menerima kunjungan band atau pemuzik Korea yang bergenrekan indie, rock dan punk untuk membuat persembahan di Malaysia. Mungkin ada yang pernah datang untuk membuat persembahan tapi kurang info dan pendedahan.

Whatever That Means, punk, rock, band, Seoul, Malaysia, Korea

Band …Whatever That Means telah berada di Malaysia sejak 26 Januari yang lalu dan telah membuat persembahan di selatan tanah air seperti di Johor dan Melaka.

Mereka terdiri daripada pasangan suami isteri Jeff dan Trash, pemain drum Mizno dan pemain gitar Bialy. Band ini ditubuhkan enam tahun yang lalu dan mereka aktif membuat persembahan di sekitar Hongdae.

Ini kali kedua mereka berkunjung ke Malaysia dan teruja untuk membuat persembahan di sini. Jika anda peminat muzik punk, masih ada lagi peluang untuk menyaksikan mereka beraksi seperti berikut.

Jan 25 Ahad   - The Wall, Batu Pahat
Jan 27 Selasa - Tingkat 8, UTC Melaka
Jan 28 Rabu   - ALT+HQ, Kuala Lumpur
Jan 30 Jumaat - Darksky Lounge, Kuantan
Jan 31 Sabtu  - Black Box (Publika), Kuala Lumpur

Mereka juga baru mengeluarkan single digital iaitu Asian Prodigy.


Gambar-gambar ini dari Facebook rasmi mereka sepanjang berada di sini.
Whatever That Means, punk, rock, band, Seoul, Malaysia, Korea

Whatever That Means, punk, rock, band, Seoul, Malaysia, Korea
Whatever That Means, punk, rock, band, Seoul, Malaysia, Korea

Whatever That Means, punk, rock, band, Seoul, Malaysia, Korea

Untuk mengetahui perkembangan terkini mereka ikuti mereka di FacebookTwitter dan YouTube. Mereka berkomunikasi di dalam Bahasa Ingeris dan Korea.


Sumber : Korea Gig Guide

Mari ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan