Video Ucapan B1A4 dan Jualan Tiket B1A4 "Let's Fly - With Acer"

Leave a Comment

 
Tidak kurang seminggu CJ E&M, WM Entertainment dan M-Live akan menjayakan acara istimewa B1A4 bersama peminat mereka Malaysia berikutan dari B1A4's 2014 Roadtrip World Tour. Sambil BANA (nama peminat) Malaysia menanti waktu sebelum tibanya acara itu, penganjur untuk "B1A4 Special Fanmeeting in Kuala Lumpur - Let's Fly With Acer", TGM Events membuat kejutan dengan memaparkan video ucapan dari ahli-ahli B1A4 kepada BANA Malaysia. Jom kita tengok gelagat mereka dalam video di bawah.





 
Rasa teruja mula terdetik di dalam hati admin. Mana taknya, Sandeul pula membuatkan admin tersenyum apabila jejaka itu mula bercakap dalam bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Malaysia. Sedikit ayat yang dikeluarkan oleh Sandeul, "Apa khabar? Sudah makan?" dan yang lebih mencuitkan hati adalah, "Saya nak makan roti". Selain dari Bahasa Korea dan Bahasa Malaysia, mereka juga tahu yang peminat Malaysia juga memahami Bahasa Inggeris. Melihat kepada usaha mereka untuk berinteraksi dengan peminat Malaysia, pastinya BANA tidak sabar lagi hendak melihat persembahan mereka secara langsung pada 10hb Januari 2014, pada pukul 6.00 petang di KL Live, Kuala Lumpur.
 
Masih tidak terlambat untuk peminat K-Pop di luar sana untuk merasai pengalaman melihat B1A4 dengan lebih dekat. Tiket masih dijual dengan harga bermula dari RM199 hingga RM799. Setipa harga yang diberi mempunyai kelebihan-kelebihan untuk peminat itu sendiri. Jadi, lebih tinggi harganya, lebih dekat dan menarik kelebihannya. Pss... pss.. tau tak? Pemegaang tiket untuk pakej VVIP dapat telefon pintar Acer Liquid Jade secara percuma. Bukan itu sahaja tau, berpeluang dapat terima panggilan ucapan "Selamat malam" dari ahli B1A4 lagi. Tak tidur malam terus dibuatnya nanti. Menarik kan?
 
Tiket boleh didapati di www.facebook.com/tgmeventsglobal dan laman sosial media rasmi Acer Malaysia. Di bawah adalah kedudukan zon tiket dan harga tiket mengikut pakej-pakej yang disediakan.







Join kami di:
FACEBOOK | TWITTER

0 ulasan:

Catat Ulasan