Girls’ Generation Bakal Beraksi di Konsert Pasca F1 2015

Leave a Comment
Girls’ Generation, Sepang, Malaysia, F1

Kumpulan terhangat Girls’ Generation telah dijadualkan untuk membuat persembahan di konsert 2015 Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix™ pada 29 Mac 2015. Ini berikutan dari pengumuman bintang rock Amerika iaitu Lenny Kravitz yang telah membatalkan konsert jelajah Asia, termasuk persembahan yang telah dijadualkan di Sepang. Konsert ini yang akan berlangsung di Helipad, Litar Sepang telah diubah waktu ke hadapan. Pintu akan dibuka pada pukul 4.30 petang, dengan persembahan utama dijadualkan pada 5.30 petang dan berakhir pada pukul 8 malam.

Menurut CEO Litar Antarabangsa Sepang, Dato’ Razlan Razali, "Kami amat gembira untuk mendapatkan Girls Generation membuat persembahan di sini dan ingin berkongsi berita gembira ini secepat mungkin. Kumpulan ini akan membuatkan konsert ini lebih istimewa dan dengan tarikan yang luas dari remaja dan keluarga. Ini akan menarik lebih ramai peminat untuk menyaksikan perlumbaan di Sepang."

Ini merupakan kali kedua mereka hadir ke Malaysia untuk membuat persembahan. Pertama kali mereka membuat persembahan di Konsert Twin Towers @Live pada tahun 2012.

Harga tiket bermula dari RM80 sehingga RM 1770 dan disertakan sekali pass untuk ke Karnival F1 dan pelbagai acara tanpa kos tambahan. Tiket boleh dibeli
- di laman rasmi Litar Sepang Antarabangsa
- Kaunter tiket di NU Sentral dan KL Sentral
- hubungi SIC TICKET HOTLINE di 03-8778 2222

Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan