SHINee Sertai Girls Generation Bakal Beraksi di Litar Sepang

Leave a Comment
SHINEE, Sepang, konsert, Malaysia, F1

Pada Mac 12, Sepang International Circuit (SIC) telah mengumumkan iaitu kumpulan SHINee secara rasmi akan membuat persembahan di konsert pasca perlumbaan 2015 Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix™ pada 29 Mac ini. Mereka yang terdiri dari 5 anak muda popular dengan lagu "LUCIFER" dan terbaru, "Everybody."

Mereka akan menyertai kumpulan Girls Generation selaku persembahan utama yang telah diumumkan sebelum ini.

Dua kumpulan ini akan membuat persembahan secara bergilir selama dua jam bermula dari 6 petang hingga 8 malam yang akan turut diiringi oleh DJ Hitchhiker yang akan menghangatkan lagi persembahan mereka. Konsert dijangka tamat pada pukul 8.30 malam.

Nampak gaya ini macam konsert mini SM Town memandangkan kesemua artis di bawah naungan SM Entertainment.

Perlumbaan F1 yang diadakan pada siang hari dijangka turut akan menarik peminat K-Pop dan pelbagai aktiviti bersama keluarga juga akan turut diadakan. 

Tiket-tiket yang berharga bermula dari RM80 sehingga RM1770 boleh didapat secara atas talian. Untuk perkembangan terkini ikuti SIC di laman Facebook mereka. 

Girls' Generation, SNSD, Jessica, Sepang, konsert, Malaysia, F1
DJ Hitchhiker, Sepang, konsert, Malaysia, F1

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan