SISTAR Bakal Buat Persembahan di Danga Bay, Johor

Leave a Comment
SISTAR, DANGA BAY, JOHOR, MALAYSIA

Kumpulan SISTAR dijadualkan akan mengadakan persembahan pada festival muzik percuma di Danga Bay sempena istiadat kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. Mereka akan membuat persembahan pada hari pertama festival iaitu pada 26 Mac ini. Kehadiran mereka atas permintaan kedutaan Malaysia di sana.

Mereka akan menyampaikan empat buah lagu popular mereka dan menurut wakil mereka tiada sebarang permintaan khas dari penganjur berhubung pakaian dan koreografi mereka. Tapi kami berharap mereka akan menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia.

Festival yang diadakan selama empat hari ini percuma dan bermula pada pukul 7.30 malam. Oleh itu, buat peminat SISTAR yang di Johor atau sekitar diharap dapat menghadiri untuk menyaksikan persembahan mereka.

Mari kita lihat gambar-gambar mereka sewaktu berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon petang tadi sebelum bertolak ke Malaysia.

SISTAR, MALAYSIA, BORA, DANGA BAY

SISTAR, MALAYSIA, HYORIN, DANGA BAY

SISTAR, MALAYSIA, SOYU, DANGA BAY

SISTAR, MALAYSIA, BORA, DANGA BAY, SOYU, DASOM, HYORIN

Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan