T-ARA Membuat Persembahan Penutup Sempena Kemahkotaan Sultan Johor

Leave a Comment
T-ARA, DANGA BAY, MALAYSIA, JOHOR

Selepas kumpulan SISTAR menghiburkan rakyat Johor beberapa hari yang lalu, kini giliran T-ARA pula untuk membuat persembahan sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim.

T-ARA yang terdiri daripada Boram, Qri, Soyeon, Eunjung, Hyomin dan Jiyeon dijadualkan membuat persembahan pada hari Ahad, 29 Mac. Mereka dijangka menyampaikan 10 lagu popular mereka sebagai penutup majlis gilang-gemilang ini. Mereka akan berkongsi pentas bersama penyanyi Shila Amzah, Havana Brown (USA) dan Taboo (ahli Black Eyed Peas).

Konsert yang diadakan secara percuma ini bakal berlangsung di Teluk Danga, Johor bermula pada 7.30 malam dan mereka akan membuat persembahan pada pukul 8.45 malam. Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dijadual berkenan untuk menghadiri konsert tersebut.

Mereka kini dalam perjalanan ke Malaysia dan mari kita lihat gambar-gambar mereka sebelum berlepas di Incheon.

T-ARA, DANGA BAY, MALAYSIA, JOHOR, boram
T-ARA, DANGA BAY, MALAYSIA, JOHOR, Eunjung
T-ARA, DANGA BAY, MALAYSIA, JOHOR, Qri
T-ARA, DANGA BAY, MALAYSIA, JOHOR, Hyomin
T-ARA, DANGA BAY, MALAYSIA, JOHOR, Jiyeon
T-ARA, DANGA BAY, MALAYSIA, JOHOR, Soyeon

Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan